Isnin, 9 Mei 2011
SELAMAT BERSARA TUAN HAJI CHUARI SELAMAT
Lebih 38 tahun berada dalam bidang penyiaran, Tuan Haji Chuari Selamat berpengalaman luas dalam penerbitan rancangan radio,pengacaraan, juruhebah, pengulas, pelapor, pembaca berita, penulisan skrip, menulis drama, puisi, pantun dan lagu lirik.
Mulai 1993, beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Pengawal stesen Radio I, kemudian berpindah ke Radio Muzik pada tahun 2001 dan sekarang sebagai Pengawal stesen KLASIK NASIONAL. Sejak mengambil alih jawatan sebagai Pengawal KLASIK NASIONAL, Tuan Haji Chuari Selamat telah membawa perubahan dari segi penyampaian, kandungan dan imej stesen secara keseluruhan.
Sepanjang kerjayanya sebagai penyiar, beliau pernah memenangi Anugerah Seri Angkasa, Penyampai Terbaik Radio 1984, Anugerah Seri Angkasa DJ Terbaik Radio 1991, anugerah Q Produk Radio Terbaik 2003, Anugerah MACP 2007, Anugerah Tinta GAFIM 2008, Anugerah Khas Ketua Pengarah sempena hari RTM 2008 dan Anugerah Khidmat Cemerlang 2008.
Beliau juga telah dikurniakan Pingat Jasa Bakti, PJK oleh DYMM Sultan Selangor pada tahun 2002. Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan, ANS oleh DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 2006, dan Bintang Khidmat Terpuji, BKT oleh TYT Yang Dipertua Negeri Melaka, pada tahun 2006. Anugerah Khas Angkasapuri 2005 oleh YB Menteri Penerangan dan Anugerah Seri Temasik Radio Klasik oleh Majlis Pusat Singapura 2011.
Terima kasih Tuan Haji... Kraftangan Malaysia mengucapkan Selamat Bersara kepada Tuan Haji Chuari Selamat dan mendoakan agar beliau sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah s.w.t serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
selamat bersara Tn Hj Chuari... semoga berjaya di lapangan yang baharu dengan karenah cucu..
BalasPadamTerima kasih kepada Bahagian Komunikasi Korporat kerana menyiarkan artikel ini. saya bg pihak Tn. hj. Chuari Selamat mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan selama ini.
BalasPadamsama-sama... Sumbangan Tuan Haji Chuari Selamat tidak ternilai harganya..
BalasPadamSelamat bersara Tuan Haji Chuari Selamat. Berita ini mengingatkan kembali saya ketika zaman sekolah dulu di tahun 70an, iaitu rancangan berbalas pantun yang cukup menghiburkan. Tak boleh miss.. Mengingatkan saya juga kenangan bekerja di Wisma Radio pada tahun 1978 - 1981 bersama rakan-rakan, Maimunah Ani, Mustapa Kamal, Anisah, Sawiah Muslim, Salmah Ahmad dll. Semoga diberkati Allah keatas kalian semua.
BalasPadamSepatutnya Tn Haji dah dapat anugerah Datuk atas jasa dan bakti..
BalasPadam