Memaparkan catatan dengan label kerja kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerja kahwin. Papar semua catatan

Rabu, 9 April 2014

PERTANDINGAN SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN 2014

Sempena Promosi Kerja Kahwin 2014, Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Fotografi dan Pertandingan Kompang. Semua dijemput menyertai pertandingan ini. Hadiah lumayan menanti pemenang, semoga berjaya! 

PERTANDINGAN FOTOGRAFI MOMEN TERINDAH 


PERTANDINGAN KOMPANG 





Jumaat, 28 Jun 2013

PROMOSI KERJA KAHWIN 2013

Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Promosi Kerja Kahwin mulai 19 Jun hingga 1 Julai 2013. Promosi Kerja Kahwin yang bermula dari 10 pagi hingga 10 malam pada kali ini mengetengahkan kepelbagaian penggunaan produk kraf tempatan dalam majlis perkahwinan. Majlis Sidang Media telah diadakan pada 24 Jun 2013 (Isnin) dan telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 

Antara acara menarik sepanjang promosi berlangsung termasuk majlis persandingan  beramai-ramai, peragaan fesyen pengantin kraf tekstil Malaysia, manifestasi perkahwinan Malaysia, pertandingan seni perkahwinan Malaysia, rewang Pengantin dan bual bicara dekorasi & hiasan perkahwinan.










Selasa, 11 Jun 2013

LAWATAN BERPANDU SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN 2013

Kraftangan Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) akan menganjurkan Promosi Kerja Kahwin 2013 yang akan bermula pada 19 Jun - 1 Julai 2013, jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. 

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang Promosi Kerja Kahwin 2013, seperti jualan produk kraf, pameran produk baru, demonstrasi kraf, interaktif kraf, manifestasi perkahwinan Malaysia serta demonstrasi masakan kuih tradisional. Promosi ini melibatkan sejumlah 250 orang usahawan dalam bidang kraf dan perkhidmatan perkahwinan yang menyediakan perkhidmatan tempahan majlis perkahwinan dan penyajian. 

Kraftangan Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia yang berminat untuk menyertai Lawatan Berpandu Berkumpulan untuk mengisi borang di link berikut. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi urus setia di talian 03-2161 1480 / 03- 2161 3793.

Isnin, 2 Julai 2012

MAJLIS SIDANG MEDIA SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN 2012

KUALA LUMPUR, 21 JUN 2012 – Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia hari ini mengadakan Majlis Sidang Media Promosi Kerja Kahwin 2012 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Majlis ini dihadiri oleh Yang Berhormat Senator Datuk Maglin Dennis D’ Cruz, Timbalan Menteri, Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan isteri Yang Berbahagia Datin Margerat A. Joseph Fernandez.
Hadir menyambut para tetamu kehormat ialah Yang Berbahagia Dato’ Haji Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia dan Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.
Majlis hari ini adalah bersempena penganjuran Promosi Kerja Kahwin 2012 yang sedang berlangsung mulai 20 Jun hingga 2 Julai 2012 dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Bertemakan Kraf Ilham Dekorasi Perkahwinan, promosi kali ketujuh ini mendekatkan masyarakat tempatan dengan kreativiti dan inovasi dalam penghasilan produk kraf yang bersesuaian sebagai ilham dalam persiapan majlis perkahwinan.
Promosi Kerja Kahwin 2012 ini bertujuan menggalakkan masyarakat Malaysia terus mengguna pakai produk kraf tempatan dalam persiapan perkahwinan yang merangkumi hiasan pelamin perkahwinan, gubahan hantaran, perhiasan hinggalah ke fesyen.
Terdahulu, para jemputan kehormat dibawa melawat ke lokasi gerai Jualan Kraf yang disertai seramai 200 orang usahawan manakala gerai bagi Perkhidmatan Perkahwinan pula menempatkan 100 orang usahawan. Selain itu, turut dilawati Pameran Fantasi Laman Perkahwinan. Pameran ini memperkenalkan rekaan produk baru perkahwinan yang bersesuaian dengan kehendak pengguna untuk majlis perkahwinan. Pameran berkonsepkan reka bentuk fantasi ini menggabungkan ciri-ciri klasik dan moden dalam setiap kriteria produk yang dihasilkan.  Antara produk yang dihasilkan seperti bekas cincin, bunga telur, bekas telur, bekas hantaran, pahar / dulang, pakaian dan perabot.










Isnin, 4 Jun 2012

PROMOSI KERJA KAHWIN 2012



Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Promosi Kerja Kahwin yang akan bermula pada 20 Jun hingga 2 Julai 2012, jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. 


Sehubungan dengan ini, orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan aktiviti yang bakal dilaksanakan ini.  Pelbagai aktiviti diatur seperti jualan kraf, demonstrasi dan interaktif kraf, Pameran Fantasi Laman Perkahwinan, Kraf Dalam Dekorasi dan Keindahan Seni Ukiran Senjata Tradisional serta banyak lagi aktiviti menarik.



Tempat letak kereta dan pengangkutan percuma disediakan di Pusat Rekabentuk, Lembaga Getah Malaysia, Jalan Eaton, Restoran Seri Melayu dan  LRT Ampang Park.  Keterangan lanjut boleh hubungi 03-21627459 atau layari www.kraftangan.gov.my.


Khamis, 9 Jun 2011

KEPUTUSAN PEMENANG PERTANDNGAN FOTOGRAFI

JOHAN - Mohd Aizudin Akmal
TEMPAT KEDUA - Ravindran John Amith
TEMPAT KETIGA - Nor Farahin Nazmi binti Nor Azmi
SAGUHATI - Norlila binti Mohd Hanijas
SAGUHATI - Shahrir bin Rosely
SAGUHATI - Ahmad Iskandar Kamaruzaman
Nama pememang telah diumumkan pada 5 Jun 2011 (sabtu)  yang lalu. Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Haji Shahrudin Mohd Noor (Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan) Kraftangan Malaysia. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!!!

Selasa, 31 Mei 2011

PERSIAPAN AKHIR MAJLIS SIDANG MEDIA PROMOSI KERJA KAHWIN 2011


Persiapan akhir..
Majlis Sidang Media sempena Promosi Kerja Kahwin pada 26 Mei 2011 (Khamis). Anggota kerja Bahagian Komunikasi Korporat sedang sibuk dengan persiapan terakhir. Gambar diambil sehari sebelum majlis berlangsung...
 
Pn Sharina dan Norehan dengan surat jemputan dan siaran media


Asma sibuk dengan memo sambil berbalas komen peminat

 
 
 Norehan, Wan dan Wani sibuk menyediakan kupon makan kepada media. Masa untuk makan.....




Fara dan Azlan  mengemaskini senarai jemputan. Jemputan perkahwinan

Junaidi dan buku diari perbelanjaan. Simpanan buku kira-kira untuk kahwin
  




En Manan sibuk melayan telefon dari mak andam.
 

Maryam bersama bunga manggar sambil berangan


Bunga manggar siap di pasang. BERJAYA!!!


PERTANDINGAN FOTOGRAFI

Sempena Promosi Kerja Kahwin 2011 yang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Bahagian Komunikasi Korporat telah menganjurkan Pertandingan Fotografi pada 28 Mei 2011 (sabtu) yang lalu. Seramai 17 orang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Terima kasih diucapkan kepada peserta dan model pengantin yang terlibat dalam sesi fotografi ini. Keputusan pemenang akan diumumkan 5 Jun 2011 (Ahad).

Model-model  pengantin sempena Pertandingan Fotografi. Terima kasih. 













Jumaat, 27 Mei 2011

PROMOSI KERJA KAHWIN

Promosi Kerja Kahwin sedang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Ia dibuka kepada orang ramai dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Masuk adalah percuma!!!


Peta ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Isnin, 16 Mei 2011

IKLAN PROMOSI KERJA KAHWIN 2011

Kraftangan Malaysia akan mengadakan Promosi Kerja Kahwin 2011 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay pada 26 May hingga 06 Jun 2011, mulai 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh Kraftangan Malaysia di sepanjang Promosi Kerja Kahwin 2011, antaranya jualan produk kraf, produk dan perkhidmatan perkahwinan, pameran kerja kahwin, demonstrasi dan interaktif perkahwinan, manifestasi perkahwinan Malaysia serta alunan muzik perkahwinan Malaysia.

Pada 13 Mei 2011 yang lalu, penggambaran untuk iklan telah diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Saksikan iklannya nanti di kaca TV anda...