Memaparkan catatan dengan label promosi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label promosi. Papar semua catatan
Sabtu, 30 November 2013
Rabu, 13 November 2013
FESTIVAL KRAF LANGKAWI
MAJLIS PERASMIAN
Tarikh : 23 November 2013 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dataran Tangga Seribu, Kompleks Kraf Langkawi
Semasa hari perasmian juga, akan diadakan aktiviti "Berjalan Santai Di Langkawi Bersama Anjung Seri" anjuran Berita Publishing Sdn. Bhd iaitu syarikat yang meneribitkan majalah popular Anjung Seri. Aktiviti ini melibatkan penyertaan 1000 peserta dari seluruh negara yang akan berjalan santau sejauh 3km di sepanjang Pantai Pasir Hitam.
Semua dijemput hadir bagi memeriahkan festival ini.
Selasa, 1 Oktober 2013
GIMIK PERASMIAN PROMOSI HIASAN DALAMAN DAN SENI TAMAN
![]() |
| YB Menteri menyempurnakan gimik perasmian |
Terima kasih kepada YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan kerana sudi hadir merasmikan Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013 yang telah diadakan pada 30 September 2013 (Isnin), jam 10.30 pagi di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Keterangan Gimik : Ukiran hiasan panel menonjolkan elemen tumbuh-tumbuhan yang melambangkan motif berkaitan dengan kehidupan masyarakat. Motif yang digunakan adalah tumbuhan “KangKung” dan “Daun Pandan” yang menggunakan teknik tebuk tembus silat nipis, tebal dan dalam.
Untuk menterjemahkan kesempurnaan, YB Menteri mempersembahkan ukiran bunga kangkung dan memasukkan ke dalam ruang kosong yang ditinggalkan. Apabila bunga kangkung itu dimasukkan, aliran cahaya di bahagian belakang ukiran akan memancarkan cahaya dan mempamerkan situasi 3D dan kini rekaan tradisional akan kelihatan bercirikan kontemporari. Ia memberi maksud suatu harapan yang lebih baik pada penghasilan produk kraf yang pelbagai.
Kini rekaan tradisional kontemporari bukan sahaja menampilkan gaya moden, tetapi lebih eksklusif dan kehadirannya perlu disesuaikan dengan konsep ruang dalam produk hiasan dalaman dan prosuk seni taman.
Khamis, 26 September 2013
PERTANDINGAN KRAF KREATIF 2013
Bersempena dengan Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman, Kraftangan Malaysia turut mengadakan pelbagai pertandingan menarik yang disediakan khas untuk pengunjung. Antaranya :
PERTANDINGAN UKIRAN BUAH DAN SAYUR
( Ahad / 29 September 2013 / 2.30 – 4.30 petang )
Dijemput: Food & Beverages (Chef, Pembantu Chef, Pelajar - hotel, pramusaji dan katering, restoran, akademi kulinari) / Individu Berbakat
“ Tampilkan seni ukiran buahan dan sayuran yang kreatif, sebagai dekorasi yang memberi impak suasana segar dan menyerlahkan keindahan acara/ruang. Kemahiran anda dalam membentuk buahan dan sayuran kepada pelbagai ‘arca magis dari imaginasi’ merupakan sebuah ekspresi kesenian yang bakal memukau visual para audiens. “
PERTANDINGAN HIASAN SARUNG KUSYEN
( Selasa / 1 Oktober 2013 / 2.30 – 4.30 petang )
Dijemput: Pereka Jahitan Hiasan Dalaman / Individu Berbakat
“ Bereksperimenlah dengan kit jarum dan benang anda! Gunakan pelbagai teknik - konsep - aksesori jahitan kepada sebuah sarung kusyen asas yang dinilaitambahkan menjadi objek penyeri sofa atau sudut ruangan. “
PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA HIASAN
( Rabu / 2 Oktober 2013 / 2.30 – 4.30 petang )
Dijemput: Penggubah Bunga (Floris / Konsultan dan Pereka Dalaman / Hotel – housekeeping dan susun atur suasana) / Individu Berbakat
“ Serlahkan sentuhan dari hati anda dengan memadankan pelbagai bungaan harum menjadi objek harmoni untuk diletakkan di ruangan tertentu (meja makan / outlet / ruangan / majlis). Hiasilah mengikut citarasa anda, digubah selari dengan kesesuaian konsep dan tema. “
PERTANDINGAN HIASAN ANYAMAN KELARAI
( Khamis / 3 Oktober 2013 / 2.30 – 4.30 petang)
Dijemput: Pakar anyaman / Individu Berbakat
“ Ceritakan idea anda dengan jalinan mengkuang pelbagai warna yang membentuk motif tersendiri. Hasilnya - sebuah anyaman yang berpadu kukuh - baik berseni tradisional atau kontemporari. “
PERTANDINGAN PERMAINAN CONGKAK MALAYSIA
(Ahad / 6 Oktober 2013 / 12.00 tengah hari)
Isi borang dibawah dan kembalikan kepada urus setia! Jangan ketinggalan.. hadiah manarik menanti pemenang!!
Khamis, 19 September 2013
MINGGU MALAYSIA LONDON 2013
Malaysia Cultural Week 2013 in London yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sedang berlangsung pada hari ini 19hb hingga 23 September 2013 di South Bank, London. Seramai 10 orang usahawan dan 5 orang jurudemo dari Kraftangan Malaysia turut terlibat dalam aktiviti ini iaitu:
Usahawan (Jualan Kraf)
1. Batik Selat (Batik – Pakaian Siap)
2. D’ Waqaka Klasik (Batik – Pakaian Siap)
3. Ruzz Gahara (Batik - Pakaian siap / Kotak hadiah)
4. Kedai SDSI & Kraf Holding (Hasil Rimba / Aneka Kraf & Batik)
5. La’ Seri Collection (Logam Aksesori -Pewter)
6. Paulini Nusantara (Logam Aksesori -Pewter)
7. Sweet Touch Ceramic Sdn Bhd (Seramik -Porcelain)
8. Asli Kraf (Etnik Orang Asli)
9. Bastari Jaya (Aneka Kraf - Aksesori Mutiara)
10. Livan Handicraft (Aneka Kraf - Aksesori Manik)
Demonstrasi dan Interaktif Kraf
1. En. Yus Faizal bin Abdul Rahim - Batik Canting
2. En. Ramadas a/l Vengadasalam - Pasu Seramik
3. En. Nayar Morunting - Anyaman Ribu-Ribu
4. En. Emang Wan Laing - Hasil Rimba (Sape)
5. En. Samat bin Man - Wau
Bertemakan "Faces for 1Malaysia" , acara itu akan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 21 September 2013. Pelbagai acara dan aktiviti menarik antaranya ialah persembahan muzik tradisional, jualan dan demonstrasi membuat kraf, pertunjukan fesyen batik dan songket Malaysia dengan rekaan tradisional dan kontemporari dan lain-lain lagi yang menggambarkan Malaysia kaya dengan warisan, budaya serta hasil kerja tangan yang kreatif untuk dipersembahkan di pentas global.
Selain itu, artifak Muzium, manuskrip Melayu yang asal dan butiran warisan turut dipaparkan untuk tatapan umum. Pengunjung juga berpeluang untuk menikmati masakan Malaysia yang lazat dan popular. Acara turut diserikan dengan pameran dan persembahan permainan tradisional masyarakat di Malaysia dan para pengunjung boleh menyertai dan merasai sendiri permainan tersebut. Terdapat juga booth promosi percutian dan pakej pelancongan menarik melawat ke Malaysia sebagai salah satu langkah menarik minat pengunjung untuk menyertai Tahun Melawat Malaysia 2014.
![]() |
| Minggu Malaysia London 2012 |
![]() |
| Minggu Malaysia London 2012 |
Rabu, 18 September 2013
PERTANDINGAN SEMPENA PROMOSI HIASAN DALAMAN DAN SENI TAMAN 2013
Perhatian kepada semua rakyat Malaysia,
Sepanjang program Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013, Kraftangan Malaysia berbesar hati untuk menganjurkan pelbagai pertandingan menarik kepada pengunjung. Hadiah lumayan menanti pemenang! Segera isi borang pertandingan di bawah dan kembalikan kepada urus setia sebelum tarikh tutup. Hubungi 03-2161 1468 untuk pertanyaan lanjut.
Khamis, 1 Ogos 2013
LANJUTAN TARIKH PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2013
Berikutan sambutan yang menggalakkan, Promosi Kraf Aidilfitri dilanjutkan sehingga 4 Ogos 2013 (Ahad) dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.
Selasa, 23 Julai 2013
Selasa, 11 Jun 2013
LAWATAN BERPANDU SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN 2013
Kraftangan Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) akan menganjurkan Promosi Kerja Kahwin 2013 yang akan bermula pada 19 Jun - 1 Julai 2013, jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang Promosi Kerja Kahwin 2013, seperti jualan produk kraf, pameran produk baru, demonstrasi kraf, interaktif kraf, manifestasi perkahwinan Malaysia serta demonstrasi masakan kuih tradisional. Promosi ini melibatkan sejumlah 250 orang usahawan dalam bidang kraf dan perkhidmatan perkahwinan yang menyediakan perkhidmatan tempahan majlis perkahwinan dan penyajian.
Kraftangan Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia yang berminat untuk menyertai Lawatan Berpandu Berkumpulan untuk mengisi borang di link berikut. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi urus setia di talian 03-2161 1480 / 03- 2161 3793.
Isnin, 3 Disember 2012
MAJLIS SIDANG MEDIA SEMPENA PROMOSI KRAF MALAYSIA 2012 NEGERI KELANTAN
KOTA
BHARU, 27 NOVEMBER 2012 – Kraftangan
Malaysia agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Malaysia (KPKK) hari ini mengadakan Majlis Sidang Media sempena Promosi Kraf
Malaysia peringkat Negeri Kelantan bertempat di Pusat Jualan Kraf Batu 2, Bunut
Payong. Majlis disempurnakan oleh Yang
Berbahagia Encik Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.
Hadir sama ialah Yang Berusaha Tuan Haji Shahrudin
bin Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Kraftangan Malaysia dan
Encik Mohd Razis bin Md Said, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan.
Promosi Kraf Malaysia ini diadakan dengan tujuan menggalak serta memberi peluang kepada usahawan kraf tempatan mempromosi dan memasarkan produk kraf mereka di tempat tumpuan pengunjung. Selain itu menerusi usaha ini juga, dapat membantu menggalakkan perkembangkan industri kraf di Negeri Kelantan. Penganjuran promosi peringkat Negeri Kelantan ini diadakan di dua lokasi iaitu di Pusat Jualan Kraf dan KB Mall seperti berikut :
Pusat
Jualan Kraf, Batu 2 Bunut Payong
Tarikh
: 26 November – 8 Disember 2012
Masa
: 10.00 pagi – 6.00 petang
Antara aktiviti yang diadakan di Pusat Jualan Kraf ini ialah Jualan Produk Kraf Tekstil, Hasil Tanah, Logam dan Hasil Rimba yang disertai oleh 21 orang usahawan kraf. Daripada jumlah tersebut, 12 usahawan adalah penyewa di pusat jualan ini sejak mula dibuka pada bulan Julai 2011.
Selain jualan, turut diadakan juga Demonstrasi
dan Interaktif Kraf melibatkan masakan kuih tradisional, pembuatan seramik
tradisional, atap senghora, pandai besi dan logam perak.
Menjadi tumpuan pada promosi kali ini ialah Pertandingan
Sangkar dan Burung Candik pada 28 November & 1 Disember 2012 yang
diadakan dengan kerjasama Persatuan Seni Suara Burung Candek Kelantan. Seramai
100 peserta menyertai pertandingan ini. Para peserta akan dinilai daripada
aspek reka bentuk dan ragam hias sangkar burung serta bunyi burung candik.
KB
Mall, Kota Bharu
Tarikh
: 26 November – 4 Disember 2012
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
Promosi Kraf Malaysia di KB Mall pula mengetengahkan
seramai 24 usahawan kraf dari Negeri Kelantan, Perak, Selangor dan Pulau Pinang
dari bidang tekstil, hasil rimba, hasil tanah, logam dan aneka kraf.
Selain
di Kota Bharu, Promosi Kraf Malaysia seperti ini juga turut diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan
Kemerdekaan, Melaka (23 November - 3 Disember 2012) Kompleks Kraf Langkawi (29 November - 9 Disember 2012), Kompleks Kraf Negeri Sembilan (4 – 8
Disember 2012) dan Plaza Angsana, Johor
Bahru (14 - 25 Disember 2012). Tamat.
----------------------
KRAFTANGAN
MALAYSIA CAWANGAN KELANTAN
KM10
JALAN KUALA KRAI
16010
KOTA BHARU
TEL :
09 – 712 6266 / pkkmkelantan.blogspot.com
Atau
BAHAGIAN
KOMUNIKASI KORPORAT
KRAFTANGAN
MALAYSIA
TEL : 03 - 2162 7533 / www.kraftangan.gov.my
TEL : 03 - 2162 7533 / www.kraftangan.gov.my
PROMOSI KRAF MALAYSIA NEGERI SEMBILAN 2012
Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti jualan produk kraf (tekstil, hasil rimba, seramik dan aneka kraf), jualan masakan tradisional (lemang, rendang, denderam, apam johol dan bahulu), interaktif kraf (anyaman rotan, mewarna batik dan mewarna bekas seramik), persembahan kesenian (caklempong dan irama asli) , pertandingan permainan tradisional (congkak, dam aji) dan pertandingan mewarna, pertandingan mencari harta karun serta teka berat.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi 06-7671388 atau layari blog rasmi Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
Rabu, 24 Oktober 2012
Khamis, 18 Oktober 2012
PERTANDINGAN LUKISAN KRAF INSPIRASI ALAM
Kraftangan Malaysia akan mengadakan PROMOSI KRAF INSPIRASI ALAM 2012 pada 31 Oktober hingga 11 November 2012, di Kompleks Kraf Kuala Lumpur Jalan Conlay. Sehubungan itu, satu Pertandingan Lukisan 'Kraf Inspirasi Alam' akan diadakan pada 4 Oktober 2012 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bersempena Promosi yang diadakan tersebut.
Klik di bawah untuk borang penyertaan.
Sebarang pertanyaan mengenai Pertandingan Lukisan 'Kraf Inspirasi Alam' ini boleh terus berhubung dengan Puan Zurina Hamzah ataupun berhubung dengan Unit Kompleks Kraf Kuala Lumpur di talian 03-2161 1470 / 80 ataupun email kepada komplekskrafkl@kraftangan.gov.my atau klcraftcomplex@gmail.com.
Rabu, 26 September 2012
PROMOSI KRAF MALAYSIA DI EAST COAST MALL, PAHANG
Orang
ramai dijemput ke Promosi Kraf Malaysia yang diadakan bermula 2 hingga 7
Oktober 2012 bertempat di East Coast Mall, Kuantan.
Promosi
enam hari ini disertai seramai 50 usahawan kraf daripada bidang batik, tenunan,
songket, seramik, logam, hasil rimba dan aneka kraf dari seluruh Malaysia.
Pastinya,
aktiviti demonstrasi ukiran kayu, mencanting & mewarna batik serta menenun
dijangka akan mendapat perhatian para pengunjung di East Coast Mall, Kuantan
Pahang.
Turut
dijangka menarik perhatian ramai ialah Pameran Latihan Jangka Pendek &
Pameran Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja. Bagi yang berminat untuk
menjadi sebahagian daripada warga pelajar Institut Kemahiran Tenun Pahang
Diraja yang terletak di Pekan, Pahang ini, jangan lepaskan peluang untuk segera
mendaftar.
Isnin, 23 Julai 2012
Jumaat, 13 Julai 2012
PROMOSI KRAF MANTAI 2012
Orang ramai dijemput hadir dan masuk adalah percuma. Antara yang menarik seperti Jualan Kraf (produk rotan, buluh, batik, pewter dll), jualan masakan tradisional (lemang, dodol, bahulu, rendang dll), jualan busana muslim (pakaian, songkok, tudung dll), jualan daging lembu (sempena mantai Ramadhan) dan aktiviti interaktif kraf.
LOKASI :
Keterangan lanjut sila hubungi 06-7671388.
Selasa, 10 Julai 2012
PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2012
Promosi Kraf Aidilfitri telah dianjurkan bermula tahun 2003 hingga 2011 dan pada tahun 2012 ini merupakan promosi yang ke tujuh (7) bakal diadakan. Disasarkan seramai 200 usahawan, Promosi Kraf Aidilfitri akan menggabungkan produk kraf dan perkhidmatan aidilfitri bagi persiapan menyambut perayaan ini. Penggunaan produk kraf yang merangkumi pelbagai penggunaan produk kraf dalam bidang tekstil, hasil rimba, hasil tanah, aksesori & perhiasan diri, hiasan dalaman, hadiah dan cenderamata juga kelengkapan rumah. Manakala produk lain berkaian aidifitri seperti pakaian siap lelaki dan wanita, gubahan cenderahati raya (hamper), biskut raya, manisan dan kek, tempahan makanan dan bunga hiasan.
PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2012
1 HINGGA 12 OGOS
10PAGI - 10MALAM
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR,
JALAN CONLAY
JALAN CONLAY
Orang ramai dijemput dan masuk adalah percuma.
Isnin, 2 Julai 2012
MAJLIS SIDANG MEDIA SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN 2012
KUALA LUMPUR, 21 JUN 2012 – Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia hari ini mengadakan Majlis Sidang Media Promosi Kerja Kahwin 2012 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Majlis ini dihadiri oleh Yang Berhormat Senator Datuk Maglin Dennis D’ Cruz, Timbalan Menteri, Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan isteri Yang Berbahagia Datin Margerat A. Joseph Fernandez.
Hadir menyambut para tetamu kehormat ialah Yang Berbahagia Dato’ Haji Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia dan Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.
Majlis hari ini adalah bersempena penganjuran Promosi Kerja Kahwin 2012 yang sedang berlangsung mulai 20 Jun hingga 2 Julai 2012 dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Bertemakan Kraf Ilham Dekorasi Perkahwinan, promosi kali ketujuh ini mendekatkan masyarakat tempatan dengan kreativiti dan inovasi dalam penghasilan produk kraf yang bersesuaian sebagai ilham dalam persiapan majlis perkahwinan.
Promosi Kerja Kahwin 2012 ini bertujuan menggalakkan masyarakat Malaysia terus mengguna pakai produk kraf tempatan dalam persiapan perkahwinan yang merangkumi hiasan pelamin perkahwinan, gubahan hantaran, perhiasan hinggalah ke fesyen.
Terdahulu, para jemputan kehormat dibawa melawat ke lokasi gerai Jualan Kraf yang disertai seramai 200 orang usahawan manakala gerai bagi Perkhidmatan Perkahwinan pula menempatkan 100 orang usahawan. Selain itu, turut dilawati Pameran Fantasi Laman Perkahwinan. Pameran ini memperkenalkan rekaan produk baru perkahwinan yang bersesuaian dengan kehendak pengguna untuk majlis perkahwinan. Pameran berkonsepkan reka bentuk fantasi ini menggabungkan ciri-ciri klasik dan moden dalam setiap kriteria produk yang dihasilkan. Antara produk yang dihasilkan seperti bekas cincin, bunga telur, bekas telur, bekas hantaran, pahar / dulang, pakaian dan perabot.
Jumaat, 8 Jun 2012
LAWATAN BERPANDU PROMOSI KERJA KAHWIN
Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Promosi Kerja Kahwin 2012 pada 20 Jun hingga 2 Julai 2012. Pelbagai acara dan aktiviti yang disusun diantaranya ialah jualan produk kraf, produk perkahwinan dan perkhidmatan perkahwinan, pameran kerja kahwin, demonstrasi dan interaktif, manifestasi perkahwinan Malaysia serta alunan muzik perkahwinan Malaysia. Dianggarkan seramai 300 usahawan meliputi 200 usahawan kraf dan 100 usahawan perkhidmatan perkahwinan akan menyertai promosi yang bakal berlangsung selama 13 hari.
Kumpulan-kumpulan, persatuan, sekolah, universiti dan badan-badan korporat dijemput turut serta ke promosi anjuran Kraftangan Malaysia ini. Bersempena dengan Promosi Kerja Kahwin 2012 Kraftangan Malaysia turut menyediakan Perkhidmatan Lawatan Berpandu berkumpulan. Permohonan boleh dibuat melalui borang yang disediakan ataupun berhubung terus dengan Urus Setia Lawatan Berpandu Berkumpulan di talian 03-21611470 / 80 atau email kepada komplekskrafkl@kraftangan.gov.my
Langgan:
Catatan (Atom)




















