Memaparkan catatan dengan label kraftangan malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kraftangan malaysia. Papar semua catatan

Jumaat, 19 April 2013

AL-FATIHAH TAN SRI AISHAH GHANI

Al-Fatihah
Tan Sri Aishah Ghani
1923-2013
Takziah kepada keluarga Tan Sri Aishah Ghani yang meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur pada umur 90 tahun kerana sakit tua. Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Serai. Hulu Langat Selangor pada 15 Disember 1923. Allahyarham adalah antara tokoh politik yang disegani dan pernah menyandang jawatan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dari tahun 1985 hingga 1997. Jasa dan pengorbanan beliau tidak mampu dibalas, semoga beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah. 

Jumaat, 18 Januari 2013

MAJALAH SANTAI TRAVEL

Majalah Santai Travel menerusi ruangan Santai Siasat telah menerima aduan mengenai Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Sehubungan itu, editor majalah ini, Encik Azlie Halim bersama krewnya telah berkunjung ke ibu pejabat baru-baru ini bagi menemuramah Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia, Encik Misroni bin Haji Sulaiman untuk mendapatkan jawapan.

Artikel jawapan telah disiarkan di Majalah Santai pada keluaran Januari 2013.
Muka surat 66

Muka surat 67


Muka surat 68

Isnin, 3 Disember 2012

PROMOSI KRAF MALAYSIA NEGERI SEMBILAN 2012



Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti jualan produk kraf (tekstil, hasil rimba, seramik dan aneka kraf), jualan masakan tradisional (lemang, rendang, denderam, apam johol dan bahulu), interaktif kraf (anyaman rotan, mewarna batik dan mewarna bekas seramik), persembahan kesenian (caklempong dan irama asli) , pertandingan permainan tradisional (congkak, dam aji) dan pertandingan mewarna, pertandingan mencari harta karun serta teka berat.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 06-7671388 atau layari blog rasmi Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan 

Selasa, 30 Oktober 2012

MAJLIS SIDANG MEDIA - PROMOSI KRAF INSPIRASI ALAM

Majlis Sidang Media sempena Promosi Kraf Inspirasi Alam akan diadakan pada masa dan waktu seperti berikut :

Tarikh   : 3 November 2012 (Sabtu)
Masa     : 3.00 petang
Tempat : Laman Plaza, Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Semua media dijemput hadir.

Rabu, 12 September 2012

AKTIVITI MINGGUAN KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR


Kompleks Kraf Kuala Lumpur akan menggadakan aktiviti mingguan pada hari Sabtu setiap bulan (tertakluk kepada kekosongan ruang) bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari . Tarikh yang terkini adalah pada 15 September 2012 (Sabtu) . Aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan adalah; (tertakluk kepada perubahan) 

1.  Pertandingan Kembara Kraf Berkumpulan ( Craft Tresure Hunt) 
    - Penyertaan terbuka kepada para pelajar dan remaja, max 10 kumpulan (setiap kumpulan 5 orang) 
      Aktiviti berlangsung di sekitar Kompleks Kraf Kuala Lumpur 

2.  Pertandingan Kukur Kelapa (perseorangan dan berkumpulan)   
    - Penyertaan terbuka kepada perseorangan lelaki dan wanita dewasa atau berkumpulan 
      Aktiviti berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur 
     
3.  Pertandingan Anyaman Mengkuang     
    - Penyertaan terbuka kepada semua golongan 
     
Aktiviti-aktiviti lain turut diadakan adalah seperti Interaktif Kraf mewarna batik, mewarna permukaan seramik, buluh, mewarna lukisan produk kraf dan lain-lain. Turut diadakan Permainan Tradisional seperti menyumpit, bermain batu seremban, gasing, buai latip, congkak dan lain-lain. 

Tuan-tuan dan Puan-puan serta kumpulan adalah dijemput hadir.  Kemudahan tempat meletak kereta percuma disediakan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pn. Zurina Hamzah / Pn. Siti Arnizah di talian 03 2162 7533 samb. 285/239 atau di talian terus 03-2161 1470 / 80. 

Khamis, 6 September 2012

PERHIMPUNAN JANJI DITEPATI

Kraftangan Malaysia telah menyertai Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansur. Enam buah bas telah berkumpul di Kompleks Kraf Kuala Lumpur,Jalan Conlay bagi membawa anggota kerja ke Stadium Putra Bukit Jalil. Lebih menarik lagi, lebih kurang 150,000 orang telah membanjiri stadium seawal jam 10pagi. Koperasi Warga Kraftangan Malaysia Berhad juga tidak ketinggalan membuka gerai jualan. Antara acara yang mencuri tumpuan adalah persembahan dari Persatuan Seni Mempertahankan Diri termasuk silat, silambam dan wushu. Program Tweet Merdeka juga telah mencipta rekod pada malam itu dengan mengumpul 3.6juta Tweet dalam masa sejam. 









Isnin, 16 Julai 2012

AHLI LEMBAGA PENGARAH KRAFTANGAN MALAYSIA


PENGERUSI
Yang Berbahagia Dato' Haji Sohaimi Shahadan
AHLI
YBhg. Encik Mohd Kamil Mohd Ali

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia
AHLI
Yang Berbahagia Datuk Hj. Ab Ghaffar A. Tambi
Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan),
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
AHLI
YBhg. Dato' Norhayati Omar
Ahli Politik
AHLI
YBhg. Dato' Mohamad Kamarudin Hassan
Timbalan Ketua Eksekutif (Pembangunan)
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
AHLI
Encik Kamarozzaman bin Haji Mohd Salleh
Usahawan
AHLI
Yang Berbahagia Datin Zahirah binti Haji Mohamad
Ketua Penolong Setiausaha
Bahagian Pengurusan Pinjaman dan Dasar Pasaran Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
AHLI
Encik Low Sie Gee
AHLI
YB Mohd Rawi bin Haji Abd Hamid
 Sumber : Bahagian Strategi Korporat.

Selasa, 10 Julai 2012

PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2012

Promosi Kraf Aidilfitri telah dianjurkan bermula tahun 2003 hingga 2011 dan pada tahun 2012 ini merupakan promosi yang ke tujuh (7) bakal diadakan. Disasarkan seramai 200 usahawan, Promosi Kraf Aidilfitri akan menggabungkan produk kraf dan perkhidmatan aidilfitri bagi persiapan menyambut perayaan ini. Penggunaan produk kraf yang merangkumi pelbagai penggunaan produk kraf dalam bidang tekstil, hasil rimba, hasil tanah, aksesori & perhiasan diri, hiasan dalaman, hadiah dan cenderamata juga kelengkapan rumah. Manakala produk lain berkaian aidifitri seperti pakaian siap lelaki dan wanita, gubahan cenderahati raya (hamper), biskut raya, manisan dan kek, tempahan makanan dan bunga hiasan. 

PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2012
1 HINGGA 12 OGOS
10PAGI - 10MALAM
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, 
JALAN CONLAY

Orang ramai dijemput dan masuk adalah percuma. 

Isnin, 2 Julai 2012

MAJLIS SIDANG MEDIA SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN 2012

KUALA LUMPUR, 21 JUN 2012 – Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia hari ini mengadakan Majlis Sidang Media Promosi Kerja Kahwin 2012 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Majlis ini dihadiri oleh Yang Berhormat Senator Datuk Maglin Dennis D’ Cruz, Timbalan Menteri, Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan isteri Yang Berbahagia Datin Margerat A. Joseph Fernandez.
Hadir menyambut para tetamu kehormat ialah Yang Berbahagia Dato’ Haji Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia dan Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.
Majlis hari ini adalah bersempena penganjuran Promosi Kerja Kahwin 2012 yang sedang berlangsung mulai 20 Jun hingga 2 Julai 2012 dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Bertemakan Kraf Ilham Dekorasi Perkahwinan, promosi kali ketujuh ini mendekatkan masyarakat tempatan dengan kreativiti dan inovasi dalam penghasilan produk kraf yang bersesuaian sebagai ilham dalam persiapan majlis perkahwinan.
Promosi Kerja Kahwin 2012 ini bertujuan menggalakkan masyarakat Malaysia terus mengguna pakai produk kraf tempatan dalam persiapan perkahwinan yang merangkumi hiasan pelamin perkahwinan, gubahan hantaran, perhiasan hinggalah ke fesyen.
Terdahulu, para jemputan kehormat dibawa melawat ke lokasi gerai Jualan Kraf yang disertai seramai 200 orang usahawan manakala gerai bagi Perkhidmatan Perkahwinan pula menempatkan 100 orang usahawan. Selain itu, turut dilawati Pameran Fantasi Laman Perkahwinan. Pameran ini memperkenalkan rekaan produk baru perkahwinan yang bersesuaian dengan kehendak pengguna untuk majlis perkahwinan. Pameran berkonsepkan reka bentuk fantasi ini menggabungkan ciri-ciri klasik dan moden dalam setiap kriteria produk yang dihasilkan.  Antara produk yang dihasilkan seperti bekas cincin, bunga telur, bekas telur, bekas hantaran, pahar / dulang, pakaian dan perabot.










Ahad, 24 Jun 2012

Pengundian MBJ Kraftangan Malaysia Berjalan Lancar


KUALA LUMPUR – 24 Mei 2012, Kraftangan Malaysia hari ini mengadakan Pemilihan Wakil Pekerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kraftangan Malaysia sesi 2012/2013 serentak di seluruh Cawangan Negeri.
Pada sesi pemilihan di peringkat Ibu Pejabat, Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia serta Barisan Pihak Pengurusan turut hadir membuat pemilihan.
Seramai 26 orang anggota kerja bakal mengisi jawatan bagi 12 kategori Wakil Pihak Pekerja dalam MBJ Kraftangan Malaysia. Jawatan yang dipertandingkan ialah Naib Pengerusi, Setiausaha, Kumpulan Pengurusan & Profesional, Zon 1 (Johor, Melaka & Negeri Sembilan),  Zon 2 (Johor, Melaka & Negeri Sembilan), Zon 3 (Kelantan, Terengganu & Pahang), Zon 4 (Sarawak), Zon 5 (Sabah), Zon 6 (Institut Kraf Negara & Selangor), Zon 7 (Ibu Pejabat) dan Kumpulan Sokongan II.
Pemilihan Wakil Pekerja (MBJ) pada tahun ini, memperlihatkan kehadiran beberapa anggota kerja baru Kraftangan Malaysia yang dicalonkan untuk merebut kerusi Wakil Pihak Pekerja (MBJ) Kraftangan Malaysia sesi 2012/2013.
Keputusan muktamad Wakil Pihak Pekerja (MBJ) pada sesi ini dijangka akan diumumkan pada awal bulan Jun 2012.
 Oleh : Fazlin binti Mohamad Zaki

Jumaat, 1 Jun 2012

PENGUNDIAN MBJ KRAFTANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – 24 Mei 2012, Kraftangan Malaysia hari ini mengadakan Pemilihan Wakil Pekerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kraftangan Malaysia sesi 2012/2013 serentak di seluruh Cawangan Negeri.
Pada sesi pemilihan di peringkat Ibu Pejabat, Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia serta Barisan Pihak Pengurusan turut hadir membuat pemilihan.
Seramai 26 orang anggota kerja bakal mengisi jawatan bagi 12 kategori Wakil Pihak Pekerja dalam MBJ Kraftangan Malaysia. Jawatan yang dipertandingkan ialah Naib Pengerusi, Setiausaha, Kumpulan Pengurusan & Profesional, Zon 1 (Johor, Melaka & Negeri Sembilan),  Zon 2 (Johor, Melaka & Negeri Sembilan), Zon 3 (Kelantan, Terengganu & Pahang), Zon 4 (Sarawak), Zon 5 (Sabah), Zon 6 (Institut Kraf Negara & Selangor), Zon 7 (Ibu Pejabat) dan Kumpulan Sokongan II.
Pemilihan Wakil Pekerja (MBJ) pada tahun ini, memperlihatkan kehadiran beberapa anggota kerja baru Kraftangan Malaysia yang dicalonkan untuk merebut kerusi Wakil Pihak Pekerja (MBJ) Kraftangan Malaysia sesi 2012/2013.
Keputusan muktamad Wakil Pihak Pekerja (MBJ) pada sesi ini dijangka akan diumumkan pada awal bulan Jun 2012.
OLEH : FAZLIN BINTI MOHAMMAD ZAKI

Selasa, 15 Mei 2012

TAKLIMAT DI IDFR

Kraftangan Malaysia telah dijemput oleh Institut Diplomasi Dan Hubungan Luar Negari (IDFR) untuk menyampaikan taklimat bagi kursus "SPKM: Pre Posting Orientation Course For Officers and Spouses 1/2012" di IDFR pada 13 hingga 24 Februari 2012. 

Matlamat kursus ini adalah untuk memberi penyediaan kepada para pegawai yang bakal ditugaskan di luar negara agar lebih efektif dan berdaya saing dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab masing-masing. Kursus ini juga turut memberi pendedahan kepada para pasangan pegawai mengenai peranan mereka di luar negara kelak. Modul-modul kursus berkisarkan aspek diplomasi, pentadbiran, kebudayaan dan etiket. 

Taklimat yang sama pernah disampaikan oleh Encik Misroni bin Haji Sulaiman, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat pada sesi kursus yang lalu.  Bagi taklimat yang bertajuk "Promoting Malaysia's Craft Industry" ia akan disampaikan oleh Encik Abdul Manan bin Ismail, Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat mewakili Kraftangan Malaysia. Semoga taklimat yang disampaikan dapat membantu pegawai yang akan berkhidmat diluar negara dalam memperkenalkan produk kraf ke mata dunia. 

Selasa, 14 Februari 2012

LAWATAN PENGERUSI KRAFTANGAN MALAYSIA KE CAWANGAN KRAFTANGAN MALAYSIA

Yang Berbahagia Dato' Haji Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia telah berbesar hati melakukan kunjungan di cawangan Kraftangan Malaysia. Lawatan ini bertujuan mendekati dan beramah mesra dengan anggota kerja cawangan dan usahawan serta memberi amanat penting mengenai hala tuju Kraftangan Malaysia berlandaskan pelan Transformasi Kraf Negara. Lawatan Pengerusi boleh dilihat di pautan berikut :

Terima kasih kepada Pengerusi kerana sudi melawat dan meluangkan masa di cawangan-cawangan Kraftangan Malaysia dan amanatnya akan dijadikan asas untuk membawa industri kraf ke tahap yang lebih tinggi.


Khamis, 5 Januari 2012

BATIK MALAYSIA DI 26th SEA GAMES INDONESIA 2011

Kraftangan Malaysia telah mereka batik untuk diperagakan Kontijen Malaysia semasa pembukaan rasmi Sukan SEA di Stadim Jakabaring, Palembang, Indonesia pada 11 November 2011 yang lalu. Batik yang direka menggunakan motif belang harimau dan bunga raya dengan menggunakan gabungan warna hitam,oren, putih dan krim. Kontijen wanita telah mengenakan baju kurung dan selendang manakala lelaki pula telah meggayakan baju melayu cekak musang dan sampin.

Seramai tiga orang usahawan kraf bidang batik dari negeri Selangor terlibat dalam menghasilkan pakaian ini. Mereka ialah Encik Rosli Mat Dom (Sanggar Layar Galeri Sdn Bhd), Encik Hanafi Sukati (Sulur Bayangan Collection) dan Encik Azwan Mohamad (Lagasi Cipta Enterprise).




Malaysia telah menduduki tangga ke-4 dari 11 negara yang bertanding. Memungut sebanyak 190 pingat iaitu 59 emas, 50 perak dan 81 gangsa telah dibawa pulang oleh Malaysia pada temasya sukan SEA-26 pada kali ini.

AN ENCHANTING BATIK EVENING - MISS TORISM INTERNATIONAL 2011


Kraftangan Malaysia telah menganjurkan acara yang berprestij peringkat antarabangsa iaitu ""Pertandingan Rekaan Batik dan Fesyen" sempena Miss Tourism International 2011 pada 22 Disember 2011 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Pertandingan ini dapat mewujudkan kerjasama di antara usahawan batik dan pereka fesyen agar mereka sama-sama dapat menggembleng tenaga dalam mengetengahkan batik di mata dunia. Ini juga merupakan usaha murni Kraftangan Malaysia untuk mengangkat martabat seni dan membuka ruang pasaran baru untuk usahawan batik dan pereka fesyen.

Acara malam itu diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato' Sri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail, Datuk bandar Kuala Lumpur, Yang Berbahagia Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin Tambi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Penerangan Komuunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Dr. Rothiah Omar, Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan),  Yang Berbahagia Datuk Danny OOi, Presiden Miss Tourism International dan lain-lain tetamu kehormat.

Seramai 54 peserta Miss Tourism International 2011 telah memperaga baju yang direka oleh 22 orang pereka berbakat. Senarai pemenang adalah seperti berikut :

Pertama : 
FIZIWOO (Pereka Fesyen / Pereka Batik)

Kedua :
ADRIATIE SHAMINNISA (Pereka Fesyen)
E-JAH BATIK (Pereka Batik)

Ketiga :
NAZREEN IDRIS (Pereka Fesyen)
ZUZANA & JALUDIN-PUA ( Pereka Batik)

Kraftangan Malaysia ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

KLIK UNTUK GAMBAR

Khamis, 17 November 2011

KOIR KRAFTANGAN MALAYSIA

Selaras dengan penubuhan semula Kumpulan Koir Kraftangan Malaysia, pada 15 dan 16 November 2011 yang lalu, Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Teknik Vokal bagi Persembahan Berkumpulan di Dewan Seri Utama II, Bangunan Seri Utama. 

Cikgu Shafi Shariff iaitu salah seorang tenaga pengajar dalam Akademi Fantasia terbitan ASTRO telah dijemput bagi berkongsi dan mengajar teknik vokal yang betul kepada peserta bengkel ini.  



Cikgu Shafi Shariff





Isnin, 24 Oktober 2011

CERIA BERSAMA KRAF SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

Bersempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2011, Kraftangan Malaysia akan mengadakan program seperti berikut :

                       "CERIA BERSAMA KRAF" 
              29 Oktober 2011 (Sabtu)
             7.30 pagi-5.00 petang

Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti merebut gula-gula,meniup belon,mencari barang kraf dalam tepung. masukkan air dalam labu sayung, pertandingan mewarna, menghias tudung saji dan banyak lagi! 
Acara akan diserikan lagi dengan kehadiran watak animasi terkenal Upin dan Ipin. Jangan ketinggalan! 

Bagi sekolah/ ibubapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka, boleh menghubungi urusetia di talian 03-21611470 / 80.