Memaparkan catatan dengan label penerbitan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penerbitan. Papar semua catatan
Selasa, 4 Jun 2013
Khamis, 6 Oktober 2011
BULETIN KRAF : PETUA PENJAGAAN BATIK SUTERA BERSAMA PUAN KHALIJAH MOHD NOR - PEREKA KRAFTANGAN MALAYSIA
Oleh : Sharina binti Shaari
Baju batik cantik dan menarik dipakai. Namun demikian kadang kala terdengar keluhan daripada pengguna baju batik bila baju batik yang disayangi telah rosak, luntur dan pudar warna.
Puan Khalijah Mohd Nor atau lebih mesra dengan panggilan Kak Jah akan berkongsi petua untuk menjaga dan mencuci baju batik sentiasa kelihatan cantik, menarik dan yang paling penting ia tahan lama. Menurut Puan Khalijah fabrik batik akan tahan lebih lama sekiranya dicuci dengan tangan atau cucian kering.
Antara petua yang dikongsi Kak Jah:
Ø Batik sutera seelok-eloknya dicuci dengan tangan menggunakan sabun khas.
Ø Selepas dicuci baju digantung dan disidai di tempat berangin dan terlindung daripada pancaran matahari.
Ø Pakaian batik tidak sesuai dibasuh menggunakan mesin kerana ia boleh merosakkan tekstur kainnya yang lembut dan juga melunturkan warna.
Ø Bagi memudahkan kerja menggosok pakaian batik, semburkan air yang dicampurkan dengan sedikit pelembut kain dan biarkan selama setengah jam sebelum digosok.
Selamat mencuba. BK
Selasa, 24 Mei 2011
BULETIN KRAF SIRI 1 : DARI MEJA EDITORIAL
| Encik Misroni bin Haji Sulaiman (Timbalan Editor Buletin Kraf) |
Menyingkap tirai tahun 2011 bermakna kita telah memasuki alam pembaharuan selari dengan gesaan pemimpin nombor satu negara yang menuntut kepada transformasi terutamanya bagi perkhidmatan awam ke arah membekal perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat. Menyahut seruan kepada perubahan ini, Buletin Kraf terbitan Kraftangan Malaysia turut berubah wajah menuju dimensi baru dengan tagline “Medium Transformasi Kraf Malaysia”.
Keluaran sulung 2011 menampilkan perubahan dan pembaharuan bukan hanya kepada imej malah menjangkaui liputan berita, kandungan, reka letak, warna dan kualiti serta menyelitkan nilai-nilai komersial. Buletin Kraf diterbitkan empat kali setahun berkonsepkan bacaan ringan yang berinformasi. Sasaran pembaca Buletin Kraf bukan hanya sekadar warga Kraftangan Malaysia malah diperluaskan kepada seramai 7,147 usahawan kraf di seluruh negara dan orang awam.
Sebagai wadah ulung penyampai maklumat kepada usahawan kraf, Buletin kali ini menyajikan aktiviti Hari Kraf Kebangsaan dan Hala Tuju Perancangan Kraftangan Malaysia bersama Ketua Pengarah. Ruangan Info dengan Peragaan Fesyen Batik Miss Tourism International 2010 dan sisipan majlis ilmu bersama Apresiasi Kraf serta tidak ketinggalan segmen antarabangsa mengajak kita semua mendekati Misi Perdagangan Antarabangsa di Birmingham, Dubai dan Frankfurt.
Keluaran eksklusif Buletin Kraf kali ini mengajak pembaca mendekati Tokoh-tokoh Ulung Kraf, mengembara ke Destinasi Kota Batik dan menjengah keunikan Istana Kayu. Rakaman istimewa sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011 dipaparkan dalam segmen Lensa Kraf yang berbentuk santai. Ikuti temu bual bersama penyanyi yang meningkat naik, Ana Raffali dalam segmen Ikon Remaja. Inovasi Teknik Pembakaran Labu Sayung dipaparkan dalam ruangan Kreatif dan Inovatif dan segmen Petua memberi panduan penjagaan batik sutera.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datin Seri Masnah Rais isteri Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang menjadi Personaliti Budaya menghiasi Buletin Kraf kali ini. Selamat membaca!
Kumpulan Editorial
“Industri kreatif mempunyai potensi besar untuk dimajukan lagi bagi menjana pendapatan negara”.
YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Oktober 2010
Khamis, 19 Mei 2011
PERHATIAN!! TAHUKAH ANDA..........
Kami telah menambah segmen baru.... ia adalah segmen
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TAHUKAH ANDA?
(klik disini)
Semoga pembaca terhibur dan sama-sama dapat menambah ilmu pengetahuan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TAHUKAH ANDA?
(klik disini)
Semoga pembaca terhibur dan sama-sama dapat menambah ilmu pengetahuan.
Rabu, 18 Mei 2011
Langgan:
Catatan (Atom)





