Jumaat, 29 April 2011

TAKZIAH PUAN NORIZAN LOB

"Dari Allah s.w.t kita datang kepada Allah s.w.t juga kita kembali". Takziah diucapkan kepada Puan Norizan Lob, Pengarah Kompleks Kraf Langkawi di atas pemergian ibu tersayang. Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

SELAMAT HARI PEKERJA 2011

Pastinya sebagai seorang pekerja, sama ada di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta pastinya sedia maklum bahawa 1 Mei setiap tahun merupakan Hari Pekerja yang disambut serentak bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia. Pada hari tersebut juga telah diisytiharkan sebagai cuti umum. Tapi tahukah anda sejarah bagaimana bermulanya Hari Pekerja ini?.

Hari Pekerja pada 1 Mei ini ada kaitan dengan gerakan menuntut waktu bekerja selama lapan jam sehari. Sekitar tahun 1800 pekerja industri di Britain telah merungut kerana dikenakan waktu bekerja yang lama dan keadaan bekerja yang amat menyedihkan. Tetapi pada masa ini tiada gerakan yang dianggap drastik telah dilakukan.

Walau bagaimanapun, gerakan ini telah merebak ke seluruh dunia terutamanya di negara-negara yang berasaskan industri pada masa itu seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.
Inspirasi awal Hari Pekerja ini bermula di Australia. Para pekerja di negara itu mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk cuti sehari suntuk supaya dapat mengadakan mesyuarat dan hiburan sebagai salah satu gerakan demonstrasi menuntut bekerja selama lapan jam sehari. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April.

Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856.Tetapi perayaan pertama ini membawa impak yang kuat pada golongan pekerja di Australia lalu menghidupkan mereka serta membawa pemberontakan baru, menyebabkan keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.

Kemudian “Waktu Bekerja Selama Lapan Jam” telah menjadi agenda utama perjuangan oleh International Workingmen’s Association yang memperjuangkan tuntutan bagi lapan jam sehari pada persidangannya di Geneva pada Ogos 1866.Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh di Amerika Syarikat telah melancarkan mogok dan demontrasi pada tahun 1884 dengan menggunakan slogan-


“Lapan jam kerja,Lapan jam berekreasi,Lapan jam berehat.”

Gerakan mereka telah menemui kejayaan apabila di Amerika Syarikat, waktu bekerja selama lapan jam sehari telah dikuatkuasakan pada 1 Mei 1886. Tarikh ini menjadi asas kepada Hari Pekerja Sedunia termasuklah negara kita Malaysia.


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman telah mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja Malaysia pada tahun 1972.Pengumuman itu dibuat dalam ucapannya ketika merasmikan Seminar Kesatuan Sekerja Biro Buruh dan Kesatuan Sekerja UMNO yang diadakan di Dewan Belia, Kampung Pandan pada 20 Mei 1972.

Kerajaan telah mula menganjurkan Perhimpunan Hari Pekerja mulai tahun 1991. “Pekerja Merealisasi Transformasi Negara” merupakan tema pada tahun ini dan Majlis Perhimpunan Hari Pekerja akan diadakan pada 7 Mei 2011 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil.

Kepada semua anggota kerja Kraftangan Malaysia dan semua rakyat Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat mengucapkan Selamat Hari Pekerja. Semoga kita lebih tekun bekerja untuk membina negara kita ke arah kecemerlangan.



Khamis, 28 April 2011

SIRI 1 : SKRIP VIDEO KORPORAT KRAFTANGAN MAYSIA

Bermula minggu ini, kami akan menyiarkan skrip video korporat Kraftangan Malaysia secara bersiri.. Selamat membaca. Diharap dapat menambah informasi anda mengenai Kraftangan Malaysia. =)

Alam dan segala isi kehidupannya menjadi pencetus idea dan sumber ilham, dimanfaatkan oleh tukang kraf dalam menzahirkan pelbagai bentuk produk kraf. Bermula dengan penubuhan Pusat Kemajuan Pertukangan Tangan pada tahun 1967 di Terengganu, industri kraf mula mengorak langkah baru.Tahun 1973, Lembaga Kraftangan Malaysia ditubuhkan sebagai anak MARA, berperanan untuk menyediakan program pemuliharaan kemahiran kraf.

Bagi memperkasakan lagi usaha pembangunan industri kraf, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia atau KRAFTANGAN MALAYSIA, ditubuhkan pada 1 Oktober 1979, melalui Akta Parlimen 222.


~nantikan sambungannya~~~

Rabu, 27 April 2011

SEMOGA CEPAT SEMBUH ENCIK ABDULLAH

Warga kerja Bahagian Komunikasi Korporat mendokan semoga cepat sembuh kepada Encik Abdullah dari Syarikat Pemasaran Karyaneka yang ditimpa kemalangan pada 23 April 2011 (Sabtu) yang lalu. Encik Abdullah difahamkan kini sedang berehat di rumah dan diharap dapat kembali bertugas seperti biasa kelak.

Semoga cepat sembuh.

Selasa, 26 April 2011

SELAMAT HARI LAHIR EN MANAN



Bahagian Komunikasi Korporat mengucapkan Selamat Hari Lahir ke - 43 kepada Encik Abdul Manan bin Ismail yang jatuh pada 18 April 2011 yang lalu. Kami mendoakan semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dan membawa kebahagiaan kepada beliau.

Isnin, 25 April 2011

SEMOGA CEPAT SEMBUH JUNAIDI AMAN

Junaidi Aman, warga kerja Bahagian Komunikasi Korporat telah mengalami kecederaan pada jari kaki kirinya akibat kemalangan kecil. Kami mendoakan semoga cepat sembuh dan dimudahkan oleh Allah SWT akan segala urusannya.

"Allahumma anta asy-syafi, la syifaan illa syifauka; syifaan la yughadiru saqoma"
Maksudnya : Ya Allah, Engkaulah Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau; penawar yang tiada meninggalkan kesakitan lagi ::

Jumaat, 22 April 2011

NONA BERSIARAN DARI KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

Cuba menampilkan kelainan, program majalah Wanita terbitan TV3, NONA telah menjadikan Kompleks Kraf Kuala Lumpur sebagai salah satu lokasi penggambaran. Vanidah Imran, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 20 yang juga pengacara rancangan ini telah merakamkan penggambaran di dalam Muzim Kraf. Anggota kerja Kraftangan Malaysia berkesempatan melihat aktres yang jelita dan berbakat besar ini secara dekat.






Jangan lupa menonton rakaman ini yang akan bersiaran pada 22 Mei 2011, jam 2.00petang di TV3.

Selasa, 19 April 2011

SEKALUNG TAHNIAH



Bahagian Komunikasi Korporat berbesar hati mengucapkan sekalung tahniah kepada anggota kerja Bahagian Khidmat Pengurusan iaitu Encik Manap Othman kerana telah berjaya menggondol tempat ke tiga dalam pertandingan nyanyian Suara Bintang Selayang 2011 anjuran DUN Taman Templer Biro Pelancongan Kebudayaan Kesenian dan UMNO Bahagian Selayang pada 17 April 2011 yang lalu. Pertandingan tersebut telah dimulakan dengan proses saringan pada 16 April (Sabtu) di mana beliau telah membawakan lagu yang di popularkan oleh Sudirman iaitu Patah Hati. Berikutan daripada itu beliau terlah terpilih untuk bertanding di peringkat akhir dimana lagu yang dipilih iaitu Seri Banang yang di popularkan oleh Kumpulan Pancang Jermal telah melayakkan beliau memenangi tempat ke tiga dengan membawa pulang trofi berserta wang tunai RM 200.00.

Kemenangan ini adalah disifatkan sebagai pencapaian terbaik dan paling cemerlang oleh beliau selama ini. Beliau sememangnya mencintai bidang ini. Ini dapat dilihat di mana setiap kali adanya pertandingan yang di anjurkan oleh Kraftangan Malaysia beliau tidak akan melepaskan peluang untuk menyertainya.

Ditanya mengapa lagu asli menjadi pilihan, beliau mengatakan bahawa beliau percaya “suara yang dimiliki lebih cenderung membawakan irama asli dan beliau mengakui lagu asli memang menjadi minat beliau selama ini”. Di tanya pula apakah langkah yang beliau akan ambil seterusnya selepas ini dalam misi mengembangkan bakat beliau itu, beliau mengatakan akan mencuba nasib untuk pertandingan “Kilauan Emas” anjuran Astro Prima. Di usik dengan soalan adakah beliau akan meninggalkan kerjaya yang ada di Kraftangan Malaysia sekarang dalam mengejar minatnya itu, beliau mengatakan “tidak mungkin meninggalkan kerjaya sekarang kerana nyanyian hanya sebagai minat di samping mengisi masa lapang yang terluang”.

Sekali lagi tahniah di ucapkan dan semoga bakat yang terpendam ini akan terus berkembang mekar.






Selasa, 12 April 2011

BULETIN KRAF

Tahun 2011, Bahagian Komunikasi Korporat dipertanggungjawabkan bagi menerbitkan "Buletin Kraf" Kraftangan Malaysia yang akan menampilkan keluaran sulung. Keluaran sulung ini akan menampilkan perubahan dan pembaharuan kandungan, reka letak, warna dan kualiti. Tunggu keluaran sulung ini tidak lama lagi~~