Rabu, 19 Oktober 2011

KARYA FATAH NGAH

Pameran dan Jualan Amal Koleksi Kartunis Fatah Ngah 2011 akan diadakan seperti berikut : 


Tarikh : 21 Oktober hingga 30 Oktober 2011 
Masa   : 9.00pagi - 7.00malam
Tempat : Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Berikut adalah antara hasil lukisan yang akan dijual pada pameran tersebut. Orang ramai dijemput hadir bagi melihat dan membeli hasil karya Fatah Ngah.








Khamis, 6 Oktober 2011

TEXTILE TALK

Sila hubungi nombor tertera jika berminat.

SIARAN SECARA LANGSUNG UCAPAN BELANJAWAN 2012 MELALUI PORTAL PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Pembentangan Belanjawan 2012 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh             : 7 Oktober 2011 (Jumaat)
Masa               : 4.00 petang
Tempat           : Parlimen Malaysia

Siaran Langsung :

·         RTM, TV3, NTV7, ASTRO, TV ALHIJRAH dan BERNAMA
·         secara langsung (webcasting) melalui Portal Belanjawan 2012.
·         Pautan RSS – http://www.treasury.gov.my
·         Mobile Web – http:// www.treasury.gov.my/bajetmobile

Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:

 • Kastam Di Raja Malaysia – http://www.customs.gov.my
       • Bank Negara Malaysia – http://www.bnm.gov.my
     • Suruhanjaya Sekuriti – http://www.sc.com.my
     • Lembaga Hasil Dalam Negeri – http://www.hasil.gov.my



Siaran langsung ini boleh didapati dalam dua versi iaitu
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan melayari Portal Perbendaharaan Malaysia http://www.treasury.gov.my . Teks Ucapan Belanjawan 2012 dan Laporan Ekonomi 2011/2012 juga boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia sejam selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentangkan Belanjawan 2012.


PAMERAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 2012

Kraftangan Malaysia komited membantu usahawan kraf meluaskan pasaran produk kraf ke peringkat global. Usahawan kraf dipelawa menyertai Pameran Perdagangan Antarabangsa 2012. Bagi usahawan yang berminat, sila layari www.kraftangan.gov.my untuk mengisi borang atas talian atau muat turun borang penyertaan.

BULETIN KRAF : PETUA PENJAGAAN BATIK SUTERA BERSAMA PUAN KHALIJAH MOHD NOR - PEREKA KRAFTANGAN MALAYSIA


Oleh                           :          Sharina binti Shaari
                                               sharina@kraftangan.gov.my

Baju batik cantik dan menarik dipakai. Namun demikian kadang kala terdengar keluhan daripada pengguna baju batik bila baju batik yang disayangi telah rosak, luntur dan pudar warna.

Puan Khalijah Mohd Nor atau lebih mesra dengan panggilan Kak Jah akan berkongsi petua untuk menjaga dan  mencuci baju batik sentiasa kelihatan cantik, menarik dan yang paling penting ia tahan lama. Menurut Puan Khalijah fabrik batik akan tahan lebih lama sekiranya dicuci dengan tangan atau cucian kering.

Antara petua yang dikongsi Kak Jah:
Ø  Batik sutera seelok-eloknya dicuci dengan tangan menggunakan sabun khas.
Ø  Selepas dicuci baju digantung dan disidai di tempat berangin dan terlindung daripada pancaran matahari.  
Ø  Pakaian batik tidak sesuai dibasuh menggunakan mesin kerana ia boleh merosakkan tekstur kainnya yang lembut dan juga melunturkan warna. 
Ø  Bagi memudahkan kerja menggosok pakaian batik, semburkan air yang dicampurkan dengan sedikit pelembut kain dan biarkan selama setengah jam sebelum digosok.

Selamat mencuba. BK

Isnin, 3 Oktober 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA KRAFTANGAN MALAYSIA

Majlis Rumah Terbuka Kraftangan Malaysia telah diadakan pada 24 September 2011 (Sabtu). Majlis ini diserikan dengan kahadiran Pengerusi baru Kraftangan Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Sohaimi Shahadan.
Setiap bahagian perlu menyediakan menu istimewa masing-masing. Bahagian Komunikasi Korporat yang diketuai oleh Encik Misroni bin Haji Sulaiman telah menyediakan sup kambing sempena rumah terbuka kali ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.. =)