Oleh : Sharina binti Shaari
Baju batik cantik dan menarik dipakai. Namun demikian kadang kala terdengar keluhan daripada pengguna baju batik bila baju batik yang disayangi telah rosak, luntur dan pudar warna.
Puan Khalijah Mohd Nor atau lebih mesra dengan panggilan Kak Jah akan berkongsi petua untuk menjaga dan mencuci baju batik sentiasa kelihatan cantik, menarik dan yang paling penting ia tahan lama. Menurut Puan Khalijah fabrik batik akan tahan lebih lama sekiranya dicuci dengan tangan atau cucian kering.
Antara petua yang dikongsi Kak Jah:
Ø Batik sutera seelok-eloknya dicuci dengan tangan menggunakan sabun khas.
Ø Selepas dicuci baju digantung dan disidai di tempat berangin dan terlindung daripada pancaran matahari.
Ø Pakaian batik tidak sesuai dibasuh menggunakan mesin kerana ia boleh merosakkan tekstur kainnya yang lembut dan juga melunturkan warna.
Ø Bagi memudahkan kerja menggosok pakaian batik, semburkan air yang dicampurkan dengan sedikit pelembut kain dan biarkan selama setengah jam sebelum digosok.
Selamat mencuba. BK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan