Selasa, 31 Mei 2011

PERSIAPAN AKHIR MAJLIS SIDANG MEDIA PROMOSI KERJA KAHWIN 2011


Persiapan akhir..
Majlis Sidang Media sempena Promosi Kerja Kahwin pada 26 Mei 2011 (Khamis). Anggota kerja Bahagian Komunikasi Korporat sedang sibuk dengan persiapan terakhir. Gambar diambil sehari sebelum majlis berlangsung...
 
Pn Sharina dan Norehan dengan surat jemputan dan siaran media


Asma sibuk dengan memo sambil berbalas komen peminat

 
 
 Norehan, Wan dan Wani sibuk menyediakan kupon makan kepada media. Masa untuk makan.....




Fara dan Azlan  mengemaskini senarai jemputan. Jemputan perkahwinan

Junaidi dan buku diari perbelanjaan. Simpanan buku kira-kira untuk kahwin
  




En Manan sibuk melayan telefon dari mak andam.
 

Maryam bersama bunga manggar sambil berangan


Bunga manggar siap di pasang. BERJAYA!!!


PERTANDINGAN FOTOGRAFI

Sempena Promosi Kerja Kahwin 2011 yang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Bahagian Komunikasi Korporat telah menganjurkan Pertandingan Fotografi pada 28 Mei 2011 (sabtu) yang lalu. Seramai 17 orang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Terima kasih diucapkan kepada peserta dan model pengantin yang terlibat dalam sesi fotografi ini. Keputusan pemenang akan diumumkan 5 Jun 2011 (Ahad).

Model-model  pengantin sempena Pertandingan Fotografi. Terima kasih. 













Jumaat, 27 Mei 2011

PROMOSI KERJA KAHWIN

Promosi Kerja Kahwin sedang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Ia dibuka kepada orang ramai dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Masuk adalah percuma!!!


Peta ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur

PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1MALAYSIA

Pos Malaysia Berhad dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menganjurkan pertandingan menulis surat 1 Malaysia.

Pertandingan Menulis surat kepada Perdana Menteri ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah (kategori A) dan menengah (kategori B) di seluruh Malaysia mulai 1 Mei 2011 hingga 30 Jun 2011.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh hubungi :

Puan Mariati Mohd Arif 
012-3757149 
mariati@pos.com.my

atau 

Encik Muhammad Hafiz A Kadir 
012-2688166. 
hafiz.kadir@pos.com.my

Selasa, 24 Mei 2011

BULETIN KRAF SIRI 1 : DARI MEJA EDITORIAL

Encik Misroni bin Haji Sulaiman (Timbalan Editor Buletin Kraf)






Menyingkap tirai tahun 2011 bermakna kita telah memasuki alam pembaharuan selari dengan gesaan pemimpin nombor satu negara yang menuntut kepada transformasi terutamanya bagi perkhidmatan awam ke arah membekal perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat.  Menyahut seruan kepada perubahan ini, Buletin Kraf terbitan Kraftangan Malaysia turut berubah wajah menuju dimensi baru dengan tagline “Medium Transformasi Kraf Malaysia”.

Keluaran sulung 2011 menampilkan perubahan dan pembaharuan bukan hanya kepada imej malah menjangkaui liputan berita, kandungan, reka letak, warna dan kualiti serta menyelitkan nilai-nilai komersial. Buletin Kraf diterbitkan empat kali setahun berkonsepkan bacaan ringan yang berinformasi. Sasaran pembaca Buletin Kraf bukan hanya sekadar warga Kraftangan Malaysia malah diperluaskan kepada seramai 7,147 usahawan kraf di seluruh negara dan orang awam.

Sebagai wadah ulung penyampai maklumat kepada usahawan kraf, Buletin kali ini menyajikan aktiviti Hari Kraf Kebangsaan dan Hala Tuju Perancangan Kraftangan Malaysia bersama Ketua Pengarah. Ruangan Info dengan Peragaan Fesyen Batik Miss Tourism International 2010 dan sisipan majlis ilmu bersama Apresiasi Kraf serta tidak ketinggalan segmen antarabangsa mengajak kita semua mendekati Misi Perdagangan Antarabangsa di Birmingham, Dubai dan Frankfurt.

Keluaran eksklusif Buletin Kraf kali ini mengajak pembaca mendekati Tokoh-tokoh Ulung Kraf, mengembara ke Destinasi Kota Batik dan menjengah keunikan Istana Kayu. Rakaman istimewa sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011 dipaparkan dalam segmen Lensa Kraf yang berbentuk santai. Ikuti temu bual bersama penyanyi yang meningkat naik, Ana Raffali dalam segmen Ikon Remaja. Inovasi Teknik Pembakaran Labu Sayung dipaparkan dalam ruangan Kreatif dan Inovatif dan segmen Petua memberi panduan penjagaan batik sutera.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datin Seri Masnah Rais isteri Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang menjadi Personaliti Budaya menghiasi Buletin Kraf kali ini. Selamat membaca!

Kumpulan Editorial


“Industri kreatif mempunyai potensi besar untuk dimajukan lagi bagi menjana pendapatan negara”.
 YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Oktober 2010


Isnin, 23 Mei 2011

AL-FATIHAH : TRAGEDI TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM AL-TAKWA.

Al-fatihah dan takziah diucapkan kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Selangor.


Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan kekasih Allah s.w.t.