Jumaat, 28 Jun 2013

PROMOSI KERJA KAHWIN 2013

Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Promosi Kerja Kahwin mulai 19 Jun hingga 1 Julai 2013. Promosi Kerja Kahwin yang bermula dari 10 pagi hingga 10 malam pada kali ini mengetengahkan kepelbagaian penggunaan produk kraf tempatan dalam majlis perkahwinan. Majlis Sidang Media telah diadakan pada 24 Jun 2013 (Isnin) dan telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 

Antara acara menarik sepanjang promosi berlangsung termasuk majlis persandingan  beramai-ramai, peragaan fesyen pengantin kraf tekstil Malaysia, manifestasi perkahwinan Malaysia, pertandingan seni perkahwinan Malaysia, rewang Pengantin dan bual bicara dekorasi & hiasan perkahwinan.










Selasa, 11 Jun 2013

LAWATAN BERPANDU SEMPENA PROMOSI KERJA KAHWIN 2013

Kraftangan Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) akan menganjurkan Promosi Kerja Kahwin 2013 yang akan bermula pada 19 Jun - 1 Julai 2013, jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. 

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang Promosi Kerja Kahwin 2013, seperti jualan produk kraf, pameran produk baru, demonstrasi kraf, interaktif kraf, manifestasi perkahwinan Malaysia serta demonstrasi masakan kuih tradisional. Promosi ini melibatkan sejumlah 250 orang usahawan dalam bidang kraf dan perkhidmatan perkahwinan yang menyediakan perkhidmatan tempahan majlis perkahwinan dan penyajian. 

Kraftangan Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia yang berminat untuk menyertai Lawatan Berpandu Berkumpulan untuk mengisi borang di link berikut. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi urus setia di talian 03-2161 1480 / 03- 2161 3793.

Isnin, 20 Mei 2013

PAMERAN DAN JUALAN KARYA SENI - ARTS FOR THE WORLD


Arts For The World merupakan tema bagi program pameran dan jualan karya seni dan karya kreatif kraf yang dihasilkan oleh artis-artis perkampungan pelukis dan perkampungan kraf, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Seramai 18 orang pelukis terbilang dan 9 orang artis kraf berpengalaman mengambil bahagian di dalam program ini. Kejayaan mereka menghasilkan karya lukisan yang diterjemahkan melalui media kanvas dan teknik catan merupakan ilham cipta yang asli dan setiap karya mempunyai identiti tersendiri. 

Produk kraf artistik dihasilkan oleh karyawan perkampungan kraf merupakan manifestasi identiti tersendiri termasuk ukiran 3 dimensi dan figura seperti burung hantu, hidung, parang menggunakan media kayu terbaik seperti raja kayu, kemuning hitam, tulang dan sebagainya. Begitu juga dengan karya seramik studio pottery yang menampilkan reka bentuk 3 dimensi.

18 orang artis dan 9 orang artis kraf yang berpengalaman dan berkemahiran melibatkan diri dalam bidang masing masing secara sepenuh masa dan mengetahui selok belok tentang hasilan kerja yang mereka lakukan. Kebanyakan daripada mereka pernah mengadakan pameran solo di dalam dan luar negara, memenangi beberapa pengiktirafan dan anugerah, menjadi tenaga pengajar kepada pencinta seni dan komited dalam kepakaran masing-masing. 

Semua ini dikumpul dan dipamerkan pada pameran dan jualan karya seni dan karya kreatif kraf bermula pada 24 - 27 Mei 2013 (Jumaat-Isnin) 10.00 pagi - 6.00 petang

Acara menarik seperti pameran lukisan berkonsepkan universal dan bazar jualan lukisan-lukisan dari pelbagai aliran serta produk kraf diadakan.


PAMERAN & JUALAN KARYA SENI
‘ARTS FOR THE WORLD’


Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay, Kuala Lumpur
Tarikh : 24 hingga 27 Mei 2013
Masa : 10.00 pagi – 6.00 petang


Tarikh & Masa
Program
24 - 27 Mei 2013
(Jumaat – Isnin)
10.00 Pagi
hingga
6.00 Petang





26 Mei 2013 (Ahad)
2.30 Petang
Hingga
4.00 Petang
 Acara Utama :
       Prebiu Lelongan Amal Karya Seni
       Pameran Karya Seni – Lukisan / Produk Kraf
      Bazar Karya Seni – Lukisan / Produk Kraf
       Expatriate Buying Mission
            •       Life Sketches
            •       Demonstrasi & Interaktif Kraf
-       Batik, Seramik & Lukisan
-       Seni Arca Kayu


Lelongan Amal Karya Seni



*Maklumat lanjut sila hubungi talian : 03-2161 1470 / 03-2161 3793.


18 Orang karyawan hebat yang akan terlibat ialah:

ABU HASAN
AHMED FAUZI
AJIS
ZAIDI YUSOF
FUAD BAKAR
FAUZIAH HAJI YAHYA
HARIS RIBUT
ISMAIL BABA
KAMARUDIN TALIB
KASBI SARBINI
MAT RAZAK ISMAIL
MOHAMED ZAKI ZAKARIA
NIZAR KAMAL ARIFFIN
RONNIE
SABRI MOHD SALLEH
SAMSUDIN
SHIMA
ZAHARUDDIN SARBINI

9 Orang Karyawan Kraf yang mengambil bahagian ialah:

C.WOKS
LAZIM ISMAIL
RAHIM
SALLEHIN MD NOH
SARINAH
SHAHARUDIN
SHAHARUDIN MAT JASIN
TAUFIK BURAHAN
ZORRO

24 – 27 Mei 2013, 10pg- 6ptg di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. JANGAN KETINGGALAN! 

Selasa, 14 Mei 2013

PERTANDINGAN KUCING PERINGKAT KEBANGSAAN

Pakcu Cat dengan kerjasama Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Kucing peringkat Kebangsaan pada 18 Mei 2013 (Sabtu) di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Orang ramai djemput hadir bagi menyaksikan aksi-aksi kucing comel ini bertanding. 
Masuk adalah PERCUMA! Jangan ketinggalan