Selasa, 11 Disember 2012

PENGUATKUASAAN PERATURAN BERKAITAN PEMATUHAN WAKTU BEKERJA PENJAWAT AWAM




Saya ingin menyampaikan amanah dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Ketua Setiausaha KPKK melalui surat edaran masing-masing berkaitan Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam. Semua warga kerja Kraftangan Malaysia diingatkan untuk mematuhi peraturan waktu bekerja sebagaimana jadual pelaksanaan Waktu Bekerja Berperingkat  (WBB) yang digunapakai di Kraftangan Malaysia seperti berikut:

Waktu Peringkat (WP)
Hari
Waktu Bekerja
Waktu Rehat
Waktu Bekerja
WP2


Isnin - Khamis

8.00pg –1.00ptg
1.00ptg – 2.00ptg
2.00ptg – 5.00ptg

Jumaat

8.30pg – 12.15tgh
12.15tgh – 2.45ptg
2.45ptg – 5.00ptg
WP3


Isnin - Khamis

8.30pg –1.00ptg
1.00ptg – 2.00ptg
2.00ptg – 5.30ptg

Jumaat

8.30pg – 12.15tgh
12.15tgh – 2.45ptg
2.45ptg – 5.30ptg

Selain itu, semua warga kerja adalah diwajibkan untuk keluar makan/minum pagi sebelum waktu pejabat dan tidak dibenarkan sama sekali untuk berada di kafeteria pada waktu bekerja. Bagi urusan peribadi dalam waktu pejabat, semua anggota kerja perlu mendapatkan kelulusan Pengarah masing-masing dan masa yang diambil tidak melebihi 2 jam. Tindakan pemotongan cuti akan diambil sekiranya urusan tersebut melebihi 2 jam (tindakan pemotongan gaji sekiranya cuti telah habis. Membaca surat khabar juga merupakan sebahagian daripada urusan peribadi dan seharusnya tidak menjejaskan urusan pejabat.

Pihak Pengurusan Kraftangan Malaysia akan sentiasa membuat pemantauan agar semua anggota kerja mematuhi peraturan ini dan akan mengenakan tindakan tatatertib terhadap mana-mana warga kerja yang didapati gagal mematuhi peraturan-peraturan berkenaan.

Semua warga kerja dipohon untuk mengambil perhatian yang serius mengenai perkara ini dan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan sedia ada.

Selasa, 4 Disember 2012

CSR : SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Bermula dengan api kecil yang muncul secara tiba-tiba di rumah Puan Umi Suraya Abdul Hamid, penenun dari Kampung Pulau Keladi, Pekan Pahang berakhir dengan tragedi apabila kebakaran  tersebut memusnahkan rumah pusaka yang berusia lebih 100 tahun itu.

Kejadian malang itu berlaku pada 16 November 2012 yang lalu. Menurut Puan Umi, api merebak terlalu cepat menghalangnya membawa dokumen penting dan barangan berharga. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Berikutan tragedi yang menimpa, Bahagian Komunikasi,  Korporat Kraftangan Malaysia memberi sumbangan peribadi berupa sebuah mesin basuh kepada mangsa. Sumbangan disampaikan melalui Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang. Semoga Puan Umi sekeluarga tabah menerima ujian dari-Nya. Takziah
Sumbangan mesin basuh dari Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia. 



Isnin, 3 Disember 2012

SELAMAT BERPISAH DAN SELAMAT BERTUGAS

 Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia Malaysia mengucapkan tahniah dan selamat bertugas di tempat baru kepada dua anggota kerja berikut :

Ahmad Fazil bin Zakaria
Pegawai Ehwal Ekonomi
Bahagian Strategi Korporat
Tarikh akhir berkhidmat : 28 November 2012
Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid
Juruteknik
Bahagian Kewangan dan Pembangunan
Tarikh akhir berkhidmat : 30 November 2012


Ucapan terima kasih atas sokongan dan kerjasama erat yang telah diberikan sepanjang berkhidmat dengan Kraftangan Malaysia. Selamat bertugas di tempat baru, tahniah. 


MAJLIS SIDANG MEDIA SEMPENA PROMOSI KRAF MALAYSIA 2012 NEGERI KELANTAN


KOTA BHARU, 27 NOVEMBER 2012 – Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) hari ini mengadakan Majlis Sidang Media sempena Promosi Kraf Malaysia peringkat Negeri Kelantan bertempat di Pusat Jualan Kraf Batu 2, Bunut Payong. Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

Hadir sama ialah Yang Berusaha Tuan Haji Shahrudin bin Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Kraftangan Malaysia dan Encik Mohd Razis bin Md Said, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan.


Promosi Kraf Malaysia ini diadakan dengan tujuan menggalak serta memberi peluang kepada usahawan kraf tempatan mempromosi dan memasarkan produk kraf mereka di tempat tumpuan pengunjung. Selain itu menerusi usaha ini juga, dapat membantu menggalakkan perkembangkan industri kraf di Negeri Kelantan. Penganjuran promosi peringkat Negeri Kelantan ini diadakan di dua lokasi iaitu di Pusat Jualan Kraf dan KB Mall seperti berikut :

Pusat Jualan Kraf, Batu 2 Bunut Payong
Tarikh : 26 November – 8 Disember 2012
Masa : 10.00 pagi – 6.00 petang


Antara aktiviti yang diadakan di Pusat Jualan Kraf ini ialah Jualan Produk Kraf Tekstil, Hasil Tanah, Logam dan Hasil Rimba yang disertai oleh 21 orang usahawan kraf. Daripada jumlah tersebut, 12 usahawan adalah penyewa di pusat jualan ini sejak mula dibuka pada bulan Julai 2011.

Selain jualan, turut diadakan juga Demonstrasi dan Interaktif Kraf melibatkan masakan kuih tradisional, pembuatan seramik tradisional, atap senghora, pandai besi dan logam perak.

 Menjadi tumpuan pada promosi kali ini ialah Pertandingan Sangkar dan Burung Candik pada 28 November & 1 Disember 2012 yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Seni Suara Burung Candek Kelantan. Seramai 100 peserta menyertai pertandingan ini. Para peserta akan dinilai daripada aspek reka bentuk dan ragam hias sangkar burung serta bunyi burung candik.


Memeriahkan lagi promosi ini ialah Pameran Motor Klasik pada 30 November 2012 oleh 50 pemilik motor Vespa dan Honda. Pameran ini dijayakan dengan kerjasama Persatuan Motor Klasik Kota Bharu dengan tujuan mengeratkan silaturahim serta mempromosikan usaha persatuan ini berkongsi minat dengan para pengunjung di pusat jualan kraf.

KB Mall, Kota Bharu
Tarikh :  26 November – 4 Disember 2012
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam

Promosi Kraf Malaysia di KB Mall pula mengetengahkan seramai 24 usahawan kraf dari Negeri Kelantan, Perak, Selangor dan Pulau Pinang dari bidang tekstil, hasil rimba, hasil tanah, logam dan aneka kraf.

Selain di Kota Bharu, Promosi Kraf Malaysia seperti ini juga turut diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka (23 November - 3 Disember 2012) Kompleks Kraf Langkawi (29 November - 9 Disember 2012), Kompleks Kraf Negeri Sembilan (4 – 8 Disember 2012) dan Plaza Angsana, Johor Bahru (14 - 25 Disember 2012). Tamat.

----------------------
Untuk maklumat lanjut, hubungi :

KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN KELANTAN
KM10 JALAN KUALA KRAI
16010 KOTA BHARU
TEL : 09 – 712 6266 / pkkmkelantan.blogspot.com

Atau
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KRAFTANGAN MALAYSIA
TEL : 03 - 2162 7533 / www.kraftangan.gov.my






PROMOSI KRAF MALAYSIA NEGERI SEMBILAN 2012



Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti jualan produk kraf (tekstil, hasil rimba, seramik dan aneka kraf), jualan masakan tradisional (lemang, rendang, denderam, apam johol dan bahulu), interaktif kraf (anyaman rotan, mewarna batik dan mewarna bekas seramik), persembahan kesenian (caklempong dan irama asli) , pertandingan permainan tradisional (congkak, dam aji) dan pertandingan mewarna, pertandingan mencari harta karun serta teka berat.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 06-7671388 atau layari blog rasmi Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan