Khamis, 23 Jun 2011

TAHNIAH KRAFTANGAN MALAYSIA

Kraftangan Malaysia Antara Penerima Anugerah Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards 2011 Edisi Pertama



Kuala Lumpur, 21 Jun - Kraftangan Malaysia telah dianugerahkan Awards Of Excellence kategori Tourist Attraction di Majlis Anugerah Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards 2011 yang berlangsung di Hotel Shagri-La, Kuala Lumpur. Majlis dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, mantan Perdana Menteri ke-empat, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar YB Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin, Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Ng Yen Yen, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, YB Datuk M. Saravanan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Tan Sri Ahmad Fuad Ismail sebagai hos majlis.

Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards diperkenalkan untuk mengenal pasti dan mengiktiraf sumbangan yang telah diberikan oleh organisasi dan juga individu dalam pembangunan industri pelancongan Kuala Lumpur. Di samping itu, program anugerah ini turut membantu membentuk satu standard amalan yang terbaik untuk produk dan perkhidmatan dalam industri pelancongan Kuala Lumpur.


Oleh : Wan Zakiroh binti Megat Sulaiman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan