Isnin, 13 Jun 2011

PEMENANG PERTANDINGAN SELOKA

JUARA
Haji Jenal bin Ne'mat
Bukit Baru, Melaka


Tajuk : Majlis Berlangsung Perkahwinan

Alahai, tetamu disambut salam berisi
merarau nasi minyak, bunga telur
Pukul kompang ditingkah tabuh, dam-dam-dam-dam.
Bunga manggar berwarna semarak
Tampan segak raja sehari, wajah berseri
Segak berseri memegang sirih lat-lat
Sirih lat-lat otek-mengotek bak ekor cicak
Di tangga  bungbu disambut renjisan air mawar
Ditepung tawar beras basuh tujuh warna
Pengantin bertengkolok helang berlaga
Keris tersisip di pinggang, bentuk lawi taji ayam
Pengantin perempuan bersanggul lintang, puteri gunung
Sungkit sedondon bercorak bunga petola, pucuk rebung
Pelamin berhias berlelangit, berbumbung sulur bakong
Bunga telur dipahar berceper tembaga
Berinai bersuapan pulut kuning penutup majlis
Pasangan berbimbing bercangkuk jari masuk kamar
Kanak-kanak bernyanyi ; pok-pok alang berbuntut-buntut
Ayam mengatik mengendong telur
Beralamat selesailah sudah majlis berlangsung


Untuk melihat senarai pemenang pertandingan seloka dan pantun sezaman sila klik DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan