Rabu, 31 Oktober 2012

THE BEST DOMESTIC EVENT


Kraftangan Malaysia telah berjaya memenangi Anugerah Pelancongan Johor 2012 dalam kategori "The Best Domestic Event" menerusi penganjuran program Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan 2011 yang diadakan pada 15 hingga 25 Disember 2011 di Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru.

Anugerah Pelancongan Johor 2012 merupakan acara yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor menerusi Jabatan Pelancongan Negeri Johor bertujuan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan produk pelancongan negeri Johor pada landasan yang menepati piawaian antarabangsa.


Tahniah kepada semua anggota kerja Kraftangan Malaysia dan usahawan kraf yang terlibat dalam menjayakan promosi ini. Syabas!

Selasa, 30 Oktober 2012

MAJLIS KONVOKESYEN KE-11 IKN


Majlis Konvokesyen IKN pada tahun 2012 adalah kali yang ke-sebelas sejak penubuhan Institut Kraf Negara mulai tahun 2001. Majlis Konvokesyen ke-11 IKN ini akan diadakan pada 08 November 2012 di Dewan Cindai, Institut Kraf Negara, Rawang dan akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Maglin Dennis D`Cruz, Timbalan Menteri II , Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. 

Pesta Konvokesyen bermula pada 08-11 November 2012. Orang ramai dijemput hadir. 

MAJLIS SIDANG MEDIA - PROMOSI KRAF INSPIRASI ALAM

Majlis Sidang Media sempena Promosi Kraf Inspirasi Alam akan diadakan pada masa dan waktu seperti berikut :

Tarikh   : 3 November 2012 (Sabtu)
Masa     : 3.00 petang
Tempat : Laman Plaza, Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Semua media dijemput hadir.

Rabu, 24 Oktober 2012

PROMOSI KRAF INSPIRASI ALAM


IBADAH QURBAN


Qurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat (Al-An'am) pada hari  Raya Eidul Adha atau hari-hari tasyrik (11, 12, 13 Zulhijjah) dengan tujuan beribadat kepada Allah. Hukum  Ibadah Qurban adalah sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar. Ibadah Qurban bermula selepas naik matahari  sekadar cukup untuk solat 2 raka'at dan khutbah pada 10 Zulhijjah dan berakhir ketika terbenam matahari 13 Zulhijjah. 


          " Barangsiapa yang mempunyai  kemampuan tetapi tidak berqurban, maka janganlah ia   menghampiri tempat solat kami". 
           ( Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)


Ibadah buat kita, kegembiraan buat mereka. Selamat menjalankan Ibadah qurban. Semoga Ibadah Qurban kita mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.


sumber : IKRAM 

Jumaat, 19 Oktober 2012

PERTANDINGAN FOTOGRAFI - PROMOSI KRAF INSPIRASI ALAM 2012

Pertandingan Fotografi sempena Promosi Kraf Inspirasi Alam 2012 akan diadakan pada  4 November 2012 (Ahad). Orang ramai dijemput menyertainya kecuali angota kerja Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Borang yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan kepada urusetia sebelum 2 November 2012 (Jumaat) jam 3.00 petang.

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!