Khamis, 5 Januari 2012

AN ENCHANTING BATIK EVENING - MISS TORISM INTERNATIONAL 2011


Kraftangan Malaysia telah menganjurkan acara yang berprestij peringkat antarabangsa iaitu ""Pertandingan Rekaan Batik dan Fesyen" sempena Miss Tourism International 2011 pada 22 Disember 2011 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Pertandingan ini dapat mewujudkan kerjasama di antara usahawan batik dan pereka fesyen agar mereka sama-sama dapat menggembleng tenaga dalam mengetengahkan batik di mata dunia. Ini juga merupakan usaha murni Kraftangan Malaysia untuk mengangkat martabat seni dan membuka ruang pasaran baru untuk usahawan batik dan pereka fesyen.

Acara malam itu diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato' Sri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail, Datuk bandar Kuala Lumpur, Yang Berbahagia Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin Tambi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Penerangan Komuunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Dr. Rothiah Omar, Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan),  Yang Berbahagia Datuk Danny OOi, Presiden Miss Tourism International dan lain-lain tetamu kehormat.

Seramai 54 peserta Miss Tourism International 2011 telah memperaga baju yang direka oleh 22 orang pereka berbakat. Senarai pemenang adalah seperti berikut :

Pertama : 
FIZIWOO (Pereka Fesyen / Pereka Batik)

Kedua :
ADRIATIE SHAMINNISA (Pereka Fesyen)
E-JAH BATIK (Pereka Batik)

Ketiga :
NAZREEN IDRIS (Pereka Fesyen)
ZUZANA & JALUDIN-PUA ( Pereka Batik)

Kraftangan Malaysia ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

KLIK UNTUK GAMBAR

Isnin, 19 Disember 2011

IKLAN PROMOSI KRAF MALAYSIA ZON SELATAN 2011


Aktiviti : Promosi Kraf Malaysia 2011 (15-25 Disember 2011)
Lokasi : Perkarangan tempat letak kereta, Plaza Angsana, Johor Bahru
Talent : Rozita Che Wan

JUALAN KEMBALI KE SEKOLAH KPDNKK


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan mengadakan program Jualan Kembali ke Sekolah bagi memberi peluang kepada orang ramai bagi mendapatkan kelengkapan persekolahan pada harga yang berpatutan. Datang beramai-ramai!

TEXTILE FORUM

Rabu, 14 Disember 2011

AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM NAZARI MAARUS

Allahyarham Nazari Maarus
Kehilangannya di rasai, penggantinya tidak diketahui.

Dukacita dimaklumkan pereka berbakat  Kraftangan Malaysia Allahyarham Nazari Maarus telah kembali ke rahmatullah pada 13 Disember 2011. Warga kerja Kraftangan Malaysia mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga allahyarham. Semestinya pemergian ini satu kehilangan besar buat industri kraf negara. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.


AL-FATIHAH