Rabu, 27 Julai 2011

DI SINI ADA KRAF AIDILFITRI

Oleh : Fazlin Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2011 - Promosi Kraf Aidilfitri 2011 kali ke-7 anjuran Kraftangan Malaysia yang bermula 21 hingga 29 Julai ini mendapat perhatian dan sokongan pihak media massa yang datang membuat liputan berita dan rencana secara berterusan.

     Pada 22 Julai lepas, Bahagian Komunikasi Korporat mengadakan lawatan berpandu kepada pihak media sempena promosi ini. Seramai 20 wakil media dari RTM (TV dan Berita Radio), Bernama (TV dan Rencana), New Straits Times (Streets), Harian Metro, Utusan Malaysia, Berita Minggu, Majalah Aniqah dan Vision KL hadir menyertainya.

    Lawatan berpandu media tersebut dihoskan oleh Tuan Haji Shahrudin Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Kraftangan Malaysia bersama Encik Misroni bin Haji Sulaiman, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat. Lawatan secara berpandu ini diadakan bertujuan membantu dan memudahkan pihak media untuk membuat liputan semasa di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

     Hujung minggu lalu beberapa orang jurufoto dari New Straits Times turun padang sekali lagi bersama Majalah Kunang-Kunang ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur untuk membuat liputan susulan.

     Bahagian Komunikasi Korporat, Kraftangan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang menyiarkan berita tentang Promosi Kraf Aidilfitri 2011 serta menyokong usaha mempromosikan industri kraf tempatan.

Selasa, 26 Julai 2011

EDARAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA DI KOMPLEKS KRAF

Edaran akhbar Utusan Malaysia  telah diedarkan secara percuma kepada usahawan dan pengunjung yang datang ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur sempena Promosi Kraf Aidilfitri pada 26 Julai 2011 (Selasa). Ia adalah antara sebanyak 6,000 naskah akhbar yang ditaja oleh Kraftangan Malaysia yang akan diedarkan secara berperingkat. Anggota kerja Bahagian Komunikasi Korporat sendiri telah mengedarkan akhbar ini pada hari tersebut.











KEMPEN SENYUM

MAMPU sedang mempergiat amalan Kempen Amalan Senyum kepada penjawat awam dalam memberi perkhidmatan dengan senyuman terutamanya kepada petugas-petugas barisan hadapan. SENYUM SELALU =)

PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2011

Ingin membeli belah sempena ketibaan Aidilfitri? Dapatkan kuih raya, baju melayu, baju kurung dan banyak lagi di Kompleks Kraf Kuala Lumpur sempena Promosi Kraf Aidilfitri ini pada 21 hingga 29 Julai 2011, 10.00 pagi - 8.00 malam.  JANGAN KETINGGAALAN.....

Khamis, 21 Julai 2011

MODEL KRAFTANGAN MEMPERAGA DI PUTRAJAYA


Baju batik sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan yang akan menjadi pakaian rasmi Menteri Kabinet telah diperagakan oleh anggota kerja Kraftangan Malaysia pada 20 Julai 2011 di Putrajaya. Rekaan baju itu merangkumi gabungan motif pelbagai kaum di Malaysia. Rekaan baju ini  telah ditunjukkan kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tan Sri  Muhyiddin Yassin sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

KERATAN AKHBAR - UTUSAN MALAYSIA 20 JULAI 2011