Khamis, 27 Disember 2012

MAJLIS MENANDATANGANI DAN PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN ADIGURU KRAF 2012

Pada 17 Disember 2012 yang lalu, Kraftangan Malaysia telah mengadakan Majlis Menandatangani Dan Penyerahan Watikah Perlantikan Adiguru Kraf 2012. Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia bertempat di Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor. 

Seramai 2 orang usahawan kraf  diberikan penghormatan dan dilantik sebagai Adiguru Kraf bagi tahun 2012 iaitu : 
  1. Encik V.N Ramdas A/L Vengdasalam - Kraf Seramik
  2. Encik Siow Ho Phiew - Kraf Kepala Singa (Boneka)
KRITERIA PEMILIHAN ADIGURU KRAF
  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang kraf kepakarannya atau ahli di dalam seni kemahiran ketukangan, penciptaan, penggubahan dan pengeluaran barangan kraf warisan bangsa Malaysia.
  • Memainkan peranan penting dalam usaha memulih dan memelihara seni kraf warisan.
  • Bersungguh-sungguh menurunkan kemahiran kepada kumpulan pelapis agar seni kraf warisan berkenaan mempunyai kesinambungan.
  • Kreatif dan inovatif dalam usaha memaju dan meningkatkan kualiti produk kraf yang dihasilkan.

KEMUDAHAN PEMBERIAN KEPADA ADIGURU KRAF
  • Adiguru Kraf yang dilantik diberikan ganjaran watikah penghargaan, wang tunai berjumlah RM5,000.00 dan elaun bulanan sejumlah RM500.00 sebulan.
  • Bayaran Perkhidmatan Luar mengikut budi bicara Kraftangan Malaysia
  • Perlindungan Insurans Diri disediakan kepada Adiguru Kraf yang mengambil bahagian dalam aktiviti rasmi anjuran Kraftangan Malaysia.
Kraftangan Malaysia mengucapkan tahniah kepada kedua-dua Adiguru Kraf yang terpilih. Syabas!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan