Khamis, 12 November 2009

TAHNIAH GRADUAN INSTITUT KRAF NEGARA


Salam buat semua,

Tahniah buat pelajar-pelajar Institut Kraf Negara yang akan menempuh hari gemilang masing-masing pada 14 November 2009 kerana pada hari tersebut pelajar-pelajar ini bakal bergelar graduan dan dianugerahkan dengan sijil dan diploma masing-masing. Bahagian Komunikasi Korporat merakamkan ucapan tahniah dan selamat menempuh dunia pekerjaan.

Bersempena dengan Majlis Istiadat ini, Pesta Konvokesyen akan berlangsung selama 4 hari bermula pada 12 hingga 15 November 2009. Pelbagai aktiviti jualan, interaktif, pameran, pendidikan diadakan bagi memeriahkan lagi pesta konvokesyen ini.

Difahamkan seramai 168 pelajar akan menerima sijil dan diploma yang akan dianugerahkan oleh YB Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan. Terima kasih buat YB Timbalan Menteri.

Kepada semua dipelawa untuk memeriahkan pesta konvo yang akan bermula jam 9.00 pagi hingga 5 petang.

Tahniah sekali lagi buat graduan-graduan Institut Kraf Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan