Selasa, 4 Jun 2013
Isnin, 20 Mei 2013
PAMERAN DAN JUALAN KARYA SENI - ARTS FOR THE WORLD
Arts For The World merupakan tema bagi program pameran dan jualan karya seni dan karya kreatif kraf yang dihasilkan oleh artis-artis perkampungan pelukis dan perkampungan kraf, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Seramai 18 orang pelukis terbilang dan 9 orang artis kraf berpengalaman mengambil bahagian di dalam program ini. Kejayaan mereka menghasilkan karya lukisan yang diterjemahkan melalui media kanvas dan teknik catan merupakan ilham cipta yang asli dan setiap karya mempunyai identiti tersendiri.
Produk kraf artistik dihasilkan oleh karyawan perkampungan kraf merupakan manifestasi identiti tersendiri termasuk ukiran 3 dimensi dan figura seperti burung hantu, hidung, parang menggunakan media kayu terbaik seperti raja kayu, kemuning hitam, tulang dan sebagainya. Begitu juga dengan karya seramik studio pottery yang menampilkan reka bentuk 3 dimensi.
18 orang artis dan 9 orang artis kraf yang berpengalaman dan berkemahiran melibatkan diri dalam bidang masing masing secara sepenuh masa dan mengetahui selok belok tentang hasilan kerja yang mereka lakukan. Kebanyakan daripada mereka pernah mengadakan pameran solo di dalam dan luar negara, memenangi beberapa pengiktirafan dan anugerah, menjadi tenaga pengajar kepada pencinta seni dan komited dalam kepakaran masing-masing.
Semua ini dikumpul dan dipamerkan pada pameran dan jualan karya seni dan karya kreatif kraf bermula pada 24 - 27 Mei 2013 (Jumaat-Isnin) 10.00 pagi - 6.00 petang
Acara menarik seperti pameran lukisan berkonsepkan universal dan bazar jualan lukisan-lukisan dari pelbagai aliran serta produk kraf diadakan.

PAMERAN
& JUALAN KARYA SENI
‘ARTS
FOR THE WORLD’
Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur,
Jalan Conlay, Kuala Lumpur
Tarikh : 24 hingga 27 Mei 2013
Masa : 10.00 pagi – 6.00 petang
Tarikh & Masa
|
Program
|
24
- 27 Mei 2013
(Jumaat
– Isnin)
10.00
Pagi
hingga
6.00
Petang
26
Mei 2013 (Ahad)
2.30
Petang
Hingga
4.00
Petang
|
Acara Utama :
•
Prebiu Lelongan Amal Karya Seni
•
Pameran Karya Seni – Lukisan / Produk Kraf
• Bazar Karya Seni – Lukisan / Produk Kraf
•
Expatriate Buying Mission
•
Life Sketches
• Demonstrasi & Interaktif Kraf
- Batik, Seramik & Lukisan
- Seni Arca Kayu
Lelongan
Amal Karya Seni
|
*Maklumat lanjut sila hubungi talian :
03-2161 1470 / 03-2161 3793.
18 Orang karyawan hebat yang akan terlibat ialah:
ABU HASAN
AHMED FAUZI
AJIS
ZAIDI YUSOF
FUAD BAKAR
FAUZIAH HAJI YAHYA
HARIS RIBUT
ISMAIL BABA
KAMARUDIN TALIB
KASBI SARBINI
MAT RAZAK ISMAIL
MOHAMED ZAKI ZAKARIA
NIZAR KAMAL ARIFFIN
RONNIE
SABRI MOHD SALLEH
SAMSUDIN
SHIMA
ZAHARUDDIN SARBINI
C.WOKS
LAZIM ISMAIL
RAHIM
SALLEHIN MD NOH
SARINAH
SHAHARUDIN
SHAHARUDIN MAT JASIN
TAUFIK BURAHAN
ZORRO
24 – 27 Mei 2013, 10pg- 6ptg di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. JANGAN KETINGGALAN!
Selasa, 14 Mei 2013
PERTANDINGAN KUCING PERINGKAT KEBANGSAAN
Pakcu Cat dengan kerjasama Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Kucing peringkat Kebangsaan pada 18 Mei 2013 (Sabtu) di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Orang ramai djemput hadir bagi menyaksikan aksi-aksi kucing comel ini bertanding.
Masuk adalah PERCUMA! Jangan ketinggalan
Khamis, 9 Mei 2013
SEPETANG BERSAMA PENGKARYA SENI DAN USAHAWAN KRAF
Satu
sesi perbincangan bersama pengkarya
seni dan usahawan kraf yang menyewa
premis Kraftangan Malaysia di Perkampungan Pelukis dan Perkampungan Kraf telah
diatur oleh Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 16 April 2013 ( Selasa ). Perjumpaan
bersama pengkarya seni dan usahawan kraf adalah untuk membincangkan
aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan bersama bagi memeriahkan Kompleks Kraf
Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan yang ‘patut dilawati’.
Diantara
aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan semasa perbincangan adalah Pameran
Dan Jualan Amal Karya Seni, Pameran Dan Jualan Produk Kraf,
Bicara Seni, Demonstrasi Kraf dan Seni, Aktiviti Interaktif Kraf, Expatriate Buying Mission, Pertandingan
Seni yang melibatkan pelajar sekolah, Art Workshop, Persembahan Kebudayaan dan Demonstrasi
Makanan Ala Warung. Aktiviti ini adalah dicadangkan untuk dilaksanakan pada
bulan Mei, Jun dan September. Kepada semua peminat seni dan kraf nantikan
aktiviti – aktiviti yang menarik ini julung kali diadakan sekita bulan Mei ini.
LAWATAN : SRK BEACONHOUSE SERI INAI, PJ
LAWATAN SEKOLAH
RENDAH KEBANGSAAN BEACONHOUSE SERI INAI, PETALING JAYA
Seramai 80 orang pelajar Sekolah
Rendah Kebangsaan Beaconhouse Seri Inai
, Petaling Jaya telah mengadakan lawatan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 9
dan 10 April 2013. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat
berkenaan perkembangan seni kraf seramik .
Lawatan ini bertepatan dengan
Pameran Seni Kraf Seramik yang diadakan di Muzium Kraf yang mempamerkan
perkembangan perusahaan seni kraf seramik yang mencakupi sejarah, asal usul,
bahan, proses dan teknik pembuatan, reka bentuk dan reka corak
seramiktradisional dan kontemporari. Pameran ini mampu mendidik serta member
maklumat yang begitu berharga kepada para pelajar ini yang menjadi pelapis
kepada seni warisan budaya.
LAWATAN : IFLA
LAWATAN PRESIDEN INTERNATIONAL FEDERATION OF LIBRARY
ASSOCIATIONS AND INSTITUTIONS (IFLA) KE
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
Kompleks Kraf Kuala Lumpur (KKLW) telah menerima kunjungan rasmi daripada Presiden International Federation Of Library Associations And Institutuions (IFLA) , Ms. Ingrid Parent pada 24 Mac 2013. Lawatan rasmi ini bersempena dengan 21st Conference of Directors of National Libraries in Asia Oceania (CDNLAO) yang berlangsung pada 25 hingga 29 Mac 2013 yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.
Kunjungan rasmi daripada delegasi luar Negara serta minat mereka terhadap produk kraf tempatan membuktikan produk kraf tempatan telah diterima oleh masyarakat luar . Hal ini sekaligus membantu Kraftangan Malaysia dalam mempromosikan produk kraf tempatan hingga ke persada antarabangsa.
Langgan:
Catatan (Atom)