Khamis, 21 November 2013
Rabu, 13 November 2013
PESTA KONVOKESYEN IKN
Sempena Majlis Konvokesyen Institut Kraf Negara (IKN) Ke-12, akan diadakan Pesta Konvokesyen selama 4 hari, bermula 13 hingga 16 November 2013, bertempat di IKN, Rawang. Banyak acara menarik menanti pengunjung. Semua dijemput.
FESTIVAL KRAF LANGKAWI
MAJLIS PERASMIAN
Tarikh : 23 November 2013 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dataran Tangga Seribu, Kompleks Kraf Langkawi
Semasa hari perasmian juga, akan diadakan aktiviti "Berjalan Santai Di Langkawi Bersama Anjung Seri" anjuran Berita Publishing Sdn. Bhd iaitu syarikat yang meneribitkan majalah popular Anjung Seri. Aktiviti ini melibatkan penyertaan 1000 peserta dari seluruh negara yang akan berjalan santau sejauh 3km di sepanjang Pantai Pasir Hitam.
Semua dijemput hadir bagi memeriahkan festival ini.
Khamis, 7 November 2013
TAHNIAH DATO' KP
Penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)
Seluruh warga Kraftangan Malaysia merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' kepada Yang Berbahagia Dato' Mohd. Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sempena ulang tahun ke-83 Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan Pahang pada 24 Oktober 2013
Isnin, 28 Oktober 2013
PESTA CAHAYA DEEPAVALI 2013
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan.
Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua manusia agar mereka merai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
Sempena perayaan ini yang jatuh pada 2 November 2013 (Sabtu), Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di seluruh negara.
Sumber : Wikipedia
Rabu, 23 Oktober 2013
PERASMIAN INSTITUT KEMAHIRAN TENUN PAHANG DIRAJA TENGKU AMPUAN BESAR MERIAM
Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Kraftangan Malaysia telah mengadakan Majlis Perasmian Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam. Majlis disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang pada 20 Oktober 2013 bertempat di
Kompleks Budaya Pulau Keladi, Pekan Pahang.
Hadir sama
ialah Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang , Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Pahang dan Isteri.Yang Berbahagia Datuk Dr. Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Haji Sohaimi bin Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia serta Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.
Pada majlis ini, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang turut menyempurnakan Pengurniaan Sijil Kemahiran Tenun Pahang Diraja
kepada 43 orang penerima yang mana terdiri daripada Graduan IKTPD (10 orang),
Sijil Watikah Pemakaian Logo Tenun Pahang Diraja (11 orang), Sijil Anugerah UNESCO
(2 orang) dan Sijil Penyertaan Bimbingan Teknikal (20 orang).
Sempena majlis ini juga,
beberapa aktiviti khas diadakan seperti Pameran Produk Pelajar, Pameran Produk
Rekaan Baru Tenun Pahang, Interaktif dan Pendidikan Kraf, Jualan Produk Kraf
oleh 11 syarikat tenun Pahang termasuk produk kraf dari Jabatan Penjara,
Demonstrasi Kraf, Persembahan Kesenian dan Kuiz Tenun Pahang.
Langgan:
Catatan (Atom)







