Khamis, 20 September 2012
Rabu, 12 September 2012
AKTIVITI MINGGUAN KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
Kompleks Kraf Kuala Lumpur akan menggadakan aktiviti mingguan pada hari Sabtu setiap bulan (tertakluk kepada kekosongan ruang) bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari . Tarikh yang terkini adalah pada 15 September 2012 (Sabtu) . Aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan adalah; (tertakluk kepada perubahan)
1. Pertandingan Kembara Kraf Berkumpulan ( Craft Tresure Hunt)
- Penyertaan terbuka kepada para pelajar dan remaja, max 10 kumpulan (setiap kumpulan 5 orang)
Aktiviti berlangsung di sekitar Kompleks Kraf Kuala Lumpur
2. Pertandingan Kukur Kelapa (perseorangan dan berkumpulan)
- Penyertaan terbuka kepada perseorangan lelaki dan wanita dewasa atau berkumpulan
Aktiviti berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur
3. Pertandingan Anyaman Mengkuang
- Penyertaan terbuka kepada semua golongan
Aktiviti-aktiviti lain turut diadakan adalah seperti Interaktif Kraf mewarna batik, mewarna permukaan seramik, buluh, mewarna lukisan produk kraf dan lain-lain. Turut diadakan Permainan Tradisional seperti menyumpit, bermain batu seremban, gasing, buai latip, congkak dan lain-lain.
Tuan-tuan dan Puan-puan serta kumpulan adalah dijemput hadir. Kemudahan tempat meletak kereta percuma disediakan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pn. Zurina Hamzah / Pn. Siti Arnizah di talian 03 2162 7533 samb. 285/239 atau di talian terus 03-2161 1470 / 80.
Khamis, 6 September 2012
PERHIMPUNAN JANJI DITEPATI
Kraftangan Malaysia telah menyertai Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansur. Enam buah bas telah berkumpul di Kompleks Kraf Kuala Lumpur,Jalan Conlay bagi membawa anggota kerja ke Stadium Putra Bukit Jalil. Lebih menarik lagi, lebih kurang 150,000 orang telah membanjiri stadium seawal jam 10pagi. Koperasi Warga Kraftangan Malaysia Berhad juga tidak ketinggalan membuka gerai jualan. Antara acara yang mencuri tumpuan adalah persembahan dari Persatuan Seni Mempertahankan Diri termasuk silat, silambam dan wushu. Program Tweet Merdeka juga telah mencipta rekod pada malam itu dengan mengumpul 3.6juta Tweet dalam masa sejam.
Selasa, 28 Ogos 2012
TEMA HARI KEMERDEKAAN 1970 - 2011
1970 : Muhibah dan Perpaduan
1971 : Masyarakat Progresif
1972 : Masyarakat Adil
1973 : Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 : Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 : Masyarakat Berdikari
1976 : Ketahanan Rakyat
1977 : Bersatu Maju
1978 : Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 : Bersatu Berdisiplin
1980 : Berdisiplin Berbakti
1981: Berdisiplin Berharmoni
1982 : Berdisiplin Giat Maju
1983 : Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 : Amanah Asas Kejayaan
1985 : Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 : Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 : Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 : Bersatu
1989 : Bersatu
1990 : Berjaya
1991 : Wawasan 2020
1992 : Wawasan Asas Kemajuan
1993 : Bersatu Menuju Wawasan
1994 : Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 : Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 : Budaya Penentu Kecapaian
1997 : Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 : Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 : Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 : Keranamu Malaysia
2007 : Malaysiaku Gemilang
2008 : Perpaduan Teras Kejayaan
2009 : 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010 : 1 Malaysia Menjana Transformasi
2011 : 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
Rabu, 15 Ogos 2012
Langgan:
Catatan (Atom)











