Isnin, 17 Mei 2010

Syarikat Tekstil Didenda

Sebuah syarikat tekstil telah dikenakan denda sebanyak RM60,000 oleh Mahkamah Seksyen selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan iaitu melepaskan sisa industri melebihi tahap piawaian yang telah ditetapkan pada lima tahun lalu.

Kraftangan Malaysia ingin mengingatkan kepada pengusaha tekstil agar mengambil perhatian terhadap perkara ini bagi memastikan ia tidak berulang lagi di masa hadapan.

Buah pelaga makan dikikir,
Dibawa orang dari hulu,
Sebarang kerja hendak difikir,
Supaya jangan mendapat malu

Keratan akhbar :

* Sumber : Harian Metro 18 Mac 2010

Harrods Bertukar Tangan

Sempena Promosi Kraf Malaysia pada 23 Februari hingga 8 Mac 2009 yang lalu sebanyak 3,137 produk kraf termasuk hasil rekaan fesyen tempatan telah di pamerkan di gedung beli-belah terkemuka dunia Harrods, London.

Sebagai makluman, kini pusat menjual barangan mewah setinggi enam tingkat itu di Knightsbridge secara rasmi telah dibeli oleh oleh Qatar Holding, agensi pelaburan negara teluk yang kaya dengan gas dan minyak. Harrods telah dijual dengan harga RM7.3 bilion yang selam ini dimiliki oleh Al-Fayed sejak 25 tahun lalu kini akan diuruskan oleh keluarga diraja Qatar diketuai oleh Emir Sheikh Hamad bin Khalifa.


*keratan akhbar sempena Promosi Kraf Malaysia di Harrods

Penghargaan Kepada Petugas Sambutan & Protokol


Ucapan penghargaan terima kasih kepada semua petugas sambutan dan protokol yang telah menjalankan tugas sempena Malam Tenun Pahang Diraja pada 8 Mei 2010 (Sabtu).


Semoga sokongan dan prestasi yang ditunjukkan berkekalan.








Malam Tenun Pahang Diraja

MALAM TENUN PAHANG DIRAJA telah diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 8 Mei 2010 yang lalu.

Objektif mengadakan majlis berkaitan tenun Pahang ini ialah untuk menghidupkan kembali perusahaan Tenun Pahang dengan mengetengahkan tenunan ini dalam busana tradisional yang eksklusif untuk diperagakan.

Pada majlis ini, YAB Perdana Menteri Malaysia telah menyampaikan Anugerah Penghargaan kepada penggiat seni kraf tenunan Pahang yang sentiasa berusaha membangun dan memartabatkan warisan tenunan ini. Anugerah Penghargaan yang julung kali disampaikan, dianugerahkan kepada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj di atas penglibatannya yang signifikan dalam seni kraf ini.

Sebanyak 80 pasang pakaian diperagakan hasil rekaan pereka fesyan tempatan iaitu Calvin Thoo, Salikin Sidek, Sharifah Kirana dan Rizalman Ibrahim. Pereka Kraftangan pula dwakili oleh Rodziah Md Yusoff dan Nazari Maarus.

Rabu, 7 April 2010

RUMAH ANAK-ANAK YATIM NURUL IHSAN

SUNGAI SIPUT, 1 APRIL 2010 - Majlis penyerahan cek dan pakaian sumbangan warga Kraftangan Malaysia kepada pihak pengurusan asrama Anak-anak Yatim Nurul Ihsan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Ramli Nohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Kraftangan Malaysia. Menerusi sumbangan kecil ini diharap dapat membantu meringankan beban yang dihadapi.


Asrama ini diuruskan oleh Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Nurul Ihsan Sg. Siput (U) Perak sejak tahun 2003. kompleks asrama seluas 8 ekar telah dimajukan dan mempunyai kapasiti 80 anak-anak yatim untuk diberikan keselesaan kehidupan dan pembelajaran. Pemilihan asrama ini selaras dengan dengan penubuhan asrama, menyediakan satu prasarana yang sempurna dan terpelihara bagi melahirkan anak-anak yatim yang berilmu, beramal, bertanggungjawab serta menghormati orang tua dan mewarisi perjuangan agama, bangsa dan negara.








Indivivu atau orgaisasi yang ingin menderma boleh terus kepada :

Bendahari Nurul Ihsan,
(Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim)
Kg. Talang Tengah,
31120 Sg. Siput (U),
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-5984708 / 05-5984715

atau sumbangan juga boleh dikreditkan ke akaun Bank Rakyat bernombor 220831104733

" Apabila mati anak adam a.s., terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu :

  • Sedekah jariah
  • Ilmu yang dimanfaatkan
  • Anak soleh yang mendoakan kedua orang tuanya"

TRAGEDI BERDARAH KM

26 Mac 2010...warga Kraftangan di Ibu Pejabat telah menyerang ke klinik panel bagi mengesahkan jenis darah masing-masing. Bas dari IKN telah ditempah khas untuk kami. Ramai juga yang takut dengan darah. Macam-macam gelagat ada...


Klinik Reddy... (Kami tak ready lagi...)


Macam takut jer.... ; )

Selesai....