Jumaat, 5 Februari 2010

Hari Kraf Kebangsaan 2010

Berita baik untuk semua... Sila kemaskini kalender anda...

Hari Kraf Kebangsaan 2010 muncul kembali.
Dijangka akan diadakan bermula 24 Februari sehingga 8 Mac 2010. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan. Antara aktiviti yang dijalankan :

i. Jualan Kraf

ii. Pameran Produk Rekaan Baru Kraf

iii. Pameran produk Cenderamata Ketua-ketua Negara

iv. Pameran Alat Muzik Kraf Tradisional

v. Pameran Teknologi Kraf

vi. Perjumpaan Pembeli

vii. Bengkel rekaan ( Design workshop)

viii. Aktiviti Pusat Rekaan

ix.Demonstrasi
Demonstrasi Pembuatan Alat Muzik
Demonstrasi Kraf Antarabangsa
Demonstrasi Masakan Tradisional

x. Interaktif Kraf

xi. Kaunter Khidmat Usahawan

xii. Persembahan kesenian dan Permainan Rakyat

xiii. Malam Gala Kraf Tekstil

Anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2010 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Colay.

Jumaat, 22 Januari 2010

Pelajar Praktikal

Bahagian Komunikasi Korporat telah menerima 2 orang pelajar praktikal dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Meraka akan menjalani latihan praktikal dari 14 Disember 2009 hingga 31 Mac 2010....














Nama : SHARIFAH ZATI AMNI BINTI SYED AZLAN
Tarikh Lahir : 30 Mac 1980












Nama : NURUL NADIA BINTI AHMAD SHUKRI
Tarikh Lahir : 8 Julai 1987


Selamat datang....dan Selamat menikmati alam pra-pekerjaan..

Jumaat, 15 Januari 2010

PERTANDINGAN MENULIS SURAT KEPADA PERDANA MENTERI


PERTANDINGAN MENULIS SURAT KEPADA PERDANA MENTERI
Sukacita dimaklumkan Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri telah dilancarkan pada 29 Disember 2009 oleh YAB Perdana Menteri sendiri di Kota Kinabalu, Sabah sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2009.

Pertandingan yang dianjurkan bersama oleh Pos Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia serta RTM sebagai Rakan Media.

Pertandingan ini telah bermula pada 29 Disember 2009 dan bakal berakhir pada 19 Februari 2010. Ia dibuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah warga Malaysia berusia 7-17 tahun.


Borang dan syarat pertandingan juga boleh dimuat turun dari laman web www.pos.com.my atau www.skmm.gov.my. Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat, Pos Malaysia Berhad di talian 03-22672000 atau emel kepada Sekretariat Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri di azira@pos.com.my atau mariati@pos.com.my.

Kami memohon sokongan tuan/ puan dalam memanjangkan lagi maklumat berkenaan pertandingan ini ke bahagian/ jabatan/ Kementerian tuan/ puan, justeru menggalakkan lebih banyak penyertaan daripada anak-anak dalam kalangan para pegawai dan staf di bahagian/ jabatan/ Kementerian tuan/ puan sekalian.

Segala kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Khamis, 24 Disember 2009

PROGRAM KEMASYARAKATAN - NANYANG PRESS


Pada 22 Disember yang lalu Bahagian Komunikasi Korporat sebagai wakil kepada Kraftangan Malaysia telah berkunjung ke Pejabat Nanyang Press untuk menyumbangkan sejumlah 50 karton air minuman untuk mangsa-mangsa bencana alam.


Anggota kerja BKK bergambar kenangan dengan wakil Nanyang Press
Encik Misroni dan En Manan berduet.. : )
Maryam dan Farah mendengar penerangan dari En Misroni..
Bila Asma kepanasan....
Farah menerima mas kahwin... : )
Joe yang kusyuk....Abang, jemput minum.... : )































































































Sabtu, 19 Disember 2009

JUALAN SATU DAERAH SATU INDUSTRI KRAF









Bermula pada 17 Disember yang lalu, Kraftangan Malaysia menganjurkan Jualan Kraf yang disertai oleh usahawan-usahwan satu daerah satu industri (sdsi). Jualan kraf ini bertujuan untuk meluaskan peluang dan pasaran produk kraf tematan, menjadikan aktiviti ini sebagai platform untuk pengumpulan produk kraf yang dikeluarkan oleh pengusaha dan meningkatkan jaringan kerjasama di kalangan usahawan.



Pelbagai aktiviti dianjurkan selain dari jualan kraf iaitu Pameran Produk Rekaan Baru, Demonstrasi Pembuatan Kraf dan Persembahan Kesenian. Seramai 150 orang usahawan menyertai jualan kraf SDSI 2009. Program ini akan berakhir pada 21 Disember 2009.