Sabtu, 19 Disember 2009

JUALAN SATU DAERAH SATU INDUSTRI KRAF









Bermula pada 17 Disember yang lalu, Kraftangan Malaysia menganjurkan Jualan Kraf yang disertai oleh usahawan-usahwan satu daerah satu industri (sdsi). Jualan kraf ini bertujuan untuk meluaskan peluang dan pasaran produk kraf tematan, menjadikan aktiviti ini sebagai platform untuk pengumpulan produk kraf yang dikeluarkan oleh pengusaha dan meningkatkan jaringan kerjasama di kalangan usahawan.



Pelbagai aktiviti dianjurkan selain dari jualan kraf iaitu Pameran Produk Rekaan Baru, Demonstrasi Pembuatan Kraf dan Persembahan Kesenian. Seramai 150 orang usahawan menyertai jualan kraf SDSI 2009. Program ini akan berakhir pada 21 Disember 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan