Selasa, 7 April 2015

ANUGERAH CITRA DEWANGGA


Buat julung kalinya dalam lipatan  sejarah kraf negara, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah memperkenalkan sebuah anugerah khas iaitu Anugerah Citra Dewangga. YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor,  Isteri YAB Perdana Menteri Malaysia, menjadi penerima pertama  anugerah ini. Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Dr Ong Hong Peng pada 6 April 2015 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang lalu.
 
Citra Dewangga yang membawa maksud  seseorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi, berpenampilan menarik dan mempromosikan kraf tekstil di dalam dan luar negara  sehingga dapat menonjolkan ciri-ciri keindahan seni pembuatan kraf tekstil tempatan. 
 
Pemilihan YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor adalah berdasarkan sumbangan dan jasa beliau memartabatkan serta memperjuangkan seni kraf tempatan khususnya kraf tekstil yang menjadi seni karya kebanggaan negara. Sokongan ini sentiasa di gambarkan dalam ucapan-ucapan beliau  semasa menyertai aktiviti dan program-program bersama Kraftangan Malaysia. 

Trivia penerima Anugerah Citra Dewangga telah dibacakan oleh Tuan Haji Misroni bin Haji Sulaiman, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia. Malam penganugerahan ini turut diserikan dengan peragaan fesyen batik dan tenun dari usahawan batik dan pereka-pereka fesyen tempatan yang dijayakan bersama oleh Yang Berbahagia Datuk Radzuan Radzwill


Tiada ulasan:

Catat Ulasan