Khamis, 13 Mac 2014

MH370


Seperti kita semua sedia maklum, Malaysia menjadi tumpuan dunia diatas kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dari pelbagai negara. Bermula awal pagi 8 Mac 2014 hingga kini, pesawat masih gagal di temui dan usaha mencari dan menyelamat giat dijalankan oleh pihak berkuasa. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat semua penumpang dan diharap anggota keluarga tabah menerima ujian ini.
Hentikanlah khabar angin yang boleh menggugat keharmonian negara. Ini adalah masa untuk rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan budaya untuk bersatu.  Lidi penyapu boleh dipatahkan, tetapi kalau sudah jadi secekak ini tidak mungkin.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang di usahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya.. (Al-Baqarah : 286)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan