Selasa, 15 Januari 2013

CSR : PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Usahawan kraf iaitu Encik Zaidul Hisham dari Clayman Creative Enterprise, Perak melalui Bahagian Komunikasi Korporat berbesar hati menyumbang uniform sekolah menengah lelaki dan perempuan. Program CSR ini berikutan lebihan tempahan dari uniform MRSM yang boleh digunapakai oleh Sekolah Menengah Kebangsaan biasa. Pakaian sekolah ini telah diedarkan kepada anggota kerja Kraftangan Malaysia Ibu Pejabat.


Bahagian Komunikasi Korporat mewakili anggota kerja yang telah menerima sumbangan, mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Zaidul. Semoga tuan sekeluarga dimurahkan rezeki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan