Selasa, 20 November 2012

PROMOSI KRAF MALAYSIA DI SENAWANG


SEREMBAN, 21 NOVEMBER 2012Kraftangan Malaysia melalui cawangannya di Negeri Sembilan mengadakan Promosi Kraf Malaysia pada 21 – 25 November 2012 bermula jam 9.30 pagi – 10.30 malam bertempat di Pasar Raya Besar Giant Senawang, Negeri Sembilan.

Promosi ini diadakan dengan tujuan memberi peluang kepada usahawan kraf menempat dan memasarkan produk kraf kepada masyarakat. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memperluaskan pasaran kepada pengunjung di pasar raya besar seperti Giant. Promosi di Giant Senawang ini merupakan kerjasama julung kali diadakan oleh Kraftangan Malaysia di Negeri Sembilan.

Pelbagai acara menarik diadakan antaranya Jualan Kraf yang mengetengahkan 14 orang usahawan dalam bidang Tekstil ( Batik ), Hasil Rimba ( Rotan ), Seramik, Logam ( Piuter ) dan Aneka Kraf ( Songkok, Manik ), Interaktif Kraf ( Anyaman Bakul Rotan, Mewarna Bekas Seramik & Bekas Pensil Buluh ) dan Pertandingan Kraf ( Ikat Pareo Batik & Batik Sarung) .

Menurut Encik Mohamad Ali bin Haji Mad Jais, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan berkata, pihaknya mensasarkan kutipan nilai jualan yang tinggi memandangkan ketika ini musium cuti sekolah dan para keluarga mengambil peluang ini membeli-belah bersama keluarga di lokasi popular seperti Pasar Raya Besar Giant.

Untuk maklumat lanjut mengenai Promosi Kraf Malaysia di Pasar Raya Besar Giant Senawang, Negeri Sembilan hubungi :

KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
KOMPLEKS KRAF NEGERI SEMBILAN
JALAN DATO’ ABDUL KADIR
70503 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
TEL : 06 – 767 1388   

/ Atau
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KRAFTANGAN MALAYSIA
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
JALAN CONLAY 50450 KUALA LUMPUR
TEL : 03 – 2161 3793 / www.kraftangan.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan