Khamis, 19 Januari 2012

Sempena Kempen Program Pembudayaan Bahasa Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Tahun 2011

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, 10 JANUARI 2012 – Kraftangan Malaysia menganjurkan pertandingan menulis esei ‘Kraf Malaysia’ sempena Program Kempen Pembudayaan Bahasa Tahun 2011. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia yang bermula pada 22 Julai hingga 20 September 2011. Seramai 24 orang anggota kerja pelbagai peringkat jawatan menyertai pertandingan ini. Objektif pertandingan ini diadakan untuk memberi kesedaran penggunaan bahasa dan istilah kraf serta memupuk minat anggota kerja terhadap kraf Malaysia. Tema penulisan berdasarkan kepada industri Kraf Malaysia secara keseluruhan dengan menggunakan pendekatan penulisan dan penceritaan yang berkonsepkan ‘Kraf Malaysia’ iaitu mengaplikasikan penggunaan bahasa dan istilah bahasa kraf.

Majlis penyampaian hadiah diadakan pada 05 Januari 2012 bersempena dengan Perhimpunan Bulanan Januari 2012. Hadiah tempat pertama hingga tempat ketiga disampaikan oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah, Encik Mohd Kamil bin Mohd Ali. Manakala pemenang-pemenang bagi hadiah sagu hati disampaikan oleh Yang Berusaha Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Encik Ramli bin Mohd Noor.

Cik Noraini Othaman dari Bahagian Strategi Korporat dinobatkan sebagai pemenang dengan menerima hadiah wang tunai RM1,000.00 buku-buku terbitan Kraftangan Malaysia berserta sijil. Tempat kedua dimenangi oleh Encik Mohd Hazery bin Md. Shamsi dari Bahagian Teknikal dan menerima hadiah wang tunai RM800.00, buku-buku terbitan Kraftangan Malaysia serta sijil penyertaan. Wakil Bahagian Khidmat Pengurusan Puan Siti Musarah binti Abdul Majid memenangi tempat ketiga dengan hadiah wang tunai Wang tunai RM600.00, buku-buku terbitan Kraftangan Malaysia dan sijil.

Pemenang sagu hati pula masing-masing menerima wang tunai RM100.00, buku-buku terbitan Kraftangan Malaysia serta sijil. Seramai 5 orang warga kerja yang menyertai pertandingan ini, diisytiharkan sebagai pemenang sagu hati iaitu Encik Mohd Azlan bin Omar Baki ( Bahagian Komunikasi Korporat), Encik Izhar bin Mohd.Noor (PKKM Pulau Pinang), Puan Siti Nor Haizan binti Mohd Zaki(Bahagian Pemuliharaan), Puan Sarina binti Abdul Rahman (Bahagian Pemuliharaan), Puan Easter Karen Robert Meisin (PKKM Sabah). Tahniah dan syabas kepada semua pemenang


Oleh : Syahrul Nizam bin Haji Abdul Rahman
sumber : laman sesawang Kraftangan Malaysia 

Tiada ulasan:

Catat Komen