Khamis, 7 Julai 2011

HARI BERTEMU PELANGGAN 2011

Hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia merupakan satu pendekatan yang holistik untuk menawarkan perkhidmatan melalui interaksi dan perhubungan yang mesra, telus, cekap dan mencapai sasaran mempertingkatkan kualiti usahawan. Ia memberi fokus kepada keperluan usahawan dalam industri kraf.  Tujuan hari bertemu Pelanggan diadakan ialah untuk :
  • Mendapatkan maklumbalas pelanggan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia
  • mendApatkan cadangan bagi mengambil langkah-langkah penambaikan serta meningkatkan mutu perkhidmatan Kraftangan Malaysia.
Ini adalah penganjuran kali kedua dan akan diadakan pada 12 Julai 2011(Selasa) serentak di cawangan Kraftangan Malaysia seluruh negara kecuali Pulau Pinang dan Sarawak. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah seperti berikut :

1. Taklimat Korporat oleh Pengarah Negeri
2. Sesi Dialog bersama Usahawan Kraf
3. Kaunter Helpdesk
4. Kempen Penggunaan Laman Web Kraftangan Malaysia
5. Pengisian Borang Soal Selidik oleh Usahawan


Orang ramai dijemput hadir pada program ini.
Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03-21613793

Tiada ulasan:

Catat Ulasan