Selasa, 18 Februari 2014

TAKZIAH










Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Puan Faezah binti Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Pasaran dan Promosi Kraftangan Malaysia yang telah pulang ke rahmatullah pada 12 Februari 2014 bersamaan 12 Rabiulakhir 1435H jam 3.30 petang di hadapan rakan-rakan seperjuangan yang amat disayangi. Allahyarhamah dikebumikan pada pagi 13 Februari 2014 jam 9.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam. 

Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman. Kehilangan seorang ketua, rakan, ibu yang berdedikasi, disenangi, dihormati dan disayangi ini amat dirasai oleh semua yang mengenali beliau. Semoga rohmu tenang di samping Allah S.W.T. Al-Fatihah.

Rabu, 5 Februari 2014

#hkk2014

Kraftangan Malaysia akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2014. Semua aktiviti bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Semua dijemput dan masuk adalah percuma. 

AKTIVITI HARIAN
  • Jualan Kraf
  • Pameran dan Jualan Produk Kraf Rekaan Baru
  • Pameran Produk Kraf Warisan
  • Bicara Kreatif
  • Padanan Perniagaan
  • Demonstrasi Kraf Tempatan
  • Demonstrasi Masakan Tradisional
  • Persembahan Kesenian
  • Pertandingan Produk Kraf Terbaik
  • Interaktif Kraf
  • Pameran dan Jualan Seni Ukiran Kayu Dalam Seni Bina
  • Pertandingan Bintang HKK2014
  • Lawatan Berpandu Berkumpulan