Khamis, 21 Mac 2013

1MOCC





YAB Perdana Menteri telah melancarkan projek 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) pada 12 November 2012 yang lalu. Justeru, MAMPU telah melaksanakan peluasan projek 1MOCC kepada semua Kementerian mulai 1 Januari 2013. Dua talian umum Kementerian terlibat iaitu :
  • Kompleks KPKK, Bangunan Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur.  Tel : 03-2612 7600                                                                                                                                                  
  • Kompleks KPKK, Presint 14, Putrajaya.  Tel : 03-8911 5000                                                                                                                                                                                       
Kedua-dua talian ini akan ditamatkan pada 10 April 2013 dan diganti menggunakan talian 1MOCC, 03-8000 8000. 

PEMENTASAN OPERA CINA


Pementasan Opera Cina julung kali akan diadakan sempena Program Pementasan Seni Panggung Teater Tradisional 2013. Opera Cina merupakan sebuah teater tradisional lama warisan dunia yang berasal daripada Dinasti Tang sejak abad ketiga. Teater tradisi ini juga telah diikiraf oleh UNESCO sebagai warisan bentuk lisan dunia pada 18 Mei 2001 di Paris dan masih dipentaskan sehingga hari ini. Pementasan adalah seperti berikut : 

TARIKH & MASA 
6 April 2013 (8.30 malam)
7 April 2013 (3.00 petang)

TEMPAT
Auditorium
Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jalan Tun H.S Lee
50000 Kuala Lumpur

HARGA TIKET
RM 50 (Tempat Istimewa)
RM20 (Dewasa)
RM 10 (Kanak-Kanak, Peajar, Rakan Facebook "Sahabat Budaya" & "JKKN WPKL")


Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus hubungi Cik IIya Rusaidi - 03-2072 6431 / 6779

               
             

Jumaat, 15 Mac 2013

KARNIVAL PENDIDIKAN MARA DI PWTC

MARA sekali lagi menganjurkan Karnival Pendidikan MARA (KPM) kali ke-14 dalam usaha menyalurkan informasi berkenaan peluang-peluang pendidikan dan perancangan kerjaya.

PAMERAN PENDIDIKAN
Lokasi    : Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur
Sasaran  : Pelajar tingkatan 4, 5 dan lepasaan SPM/STPM, ibubapa dan orang awam


PAMERAN KERJAYA, SEMINAR DAN TEMUDUGA TERBUKA
Lokasi    : Dewan Merdeka Level 4, PWTC, Kuala Lumpur
Sasaran  : Pelajar semester akhir Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta tajaan MARA, IPMa, pencari kerja dan orang awam

Selasa, 12 Mac 2013

JUALAN KRAF DI LIMA, LANGKAWI


Kompleks Kraf Langkawi akan menganjurkan program promosi bersempena dengan dengan penganjuran program bertaraf antarabangsa iaitu LIMA 2013 (Langkawi International Maritime & Aerospace) di tiga lokasi serentak : 

  • Kompleks Kraf Langkawi (10.00pg - 6.00ptg)
  • Tapak Meletak Kenderaan Kompleks LADA (10.00pg - 6.00ptg)
  • Oriental Village (Cable Car) (10.00pg - 6.00ptg)
Usahawan Kraf yang berminat untuk menyertai dan jika ada sebarang penyertaan boleh hubungi Encik Nik Azreen (012-5547607), Encik Mohd Khudzairi (012-3188770) atau Encik Muhammad Razib (012-3047497). 

Tarikh Tutup Penyertaan : 15 Mac 2013 (Jumaat)