Khamis, 27 September 2012

SEGMEN INFO

INFO BKK:

Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) adalah nama baru yang telah digunapakai mulai pada awal tahun 2009. Perubahan nama ini bersesuaian dengan nama yang digunakan oleh di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Dahulunya Bahagian ini sebagai sebuah Unit perhubungan Awam dan kemudian dikenali sebagai Bahagian Perhubungan Awam. 

Rabu, 26 September 2012

PROMOSI KRAF MALAYSIA DI EAST COAST MALL, PAHANG


Orang ramai dijemput ke Promosi Kraf Malaysia yang diadakan bermula 2 hingga 7 Oktober 2012 bertempat di East Coast Mall, Kuantan.

Promosi enam hari ini disertai seramai 50 usahawan kraf daripada bidang batik, tenunan, songket, seramik, logam, hasil rimba dan aneka kraf dari seluruh Malaysia.

Pastinya, aktiviti demonstrasi ukiran kayu, mencanting & mewarna batik serta menenun dijangka akan mendapat perhatian para pengunjung di East Coast Mall, Kuantan Pahang.

Turut dijangka menarik perhatian ramai ialah Pameran Latihan Jangka Pendek & Pameran Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja. Bagi yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga pelajar Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja yang terletak di Pekan, Pahang ini, jangan lepaskan peluang untuk segera mendaftar.

Selasa, 25 September 2012

BAJET 2013

Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan seperti berikut : 


Tarikh : 28 September 2012 (Jumaat) 
Masa   : 4.00 petang 
Tempat : Parlimen Malaysia 


SIARAN LANGSUNG : RTM, TV3, NTV7, ASTRO, TV ALHIJRAH dan BERNAMA 

Selain dari itu Bajet 2013 juga boleh diakses melalui: 

• Mobile Web – http:// www.treasury.gov.my /bajetmobile 

• Pautan RSS – http://www.treasury.gov.my 

Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti 
berikut: 
• Kastam Di Raja Malaysia – http://www.customs.gov.my 
• Bank Negara Malaysia – http://www.bnm.gov.my 
• Suruhanjaya Sekuriti – http://www.sc.com.my 
• Lembaga Hasil Dalam Negeri – http://www.hasil.gov.my 


Teks Ucapan Bajet 2013 dan Laporan Ekonomi 2012/2013 juga 

boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentangkan Bajet 2013. 

Isnin, 24 September 2012

UNESCO AWARD OF EXCELLANCE FOR HANDICRAFT


Ahad, 23 September 2012 : UNESCO Award Of Excellance For Handicraft  dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan dengan kerjasama Society Atelier dan Craft Council Of Malaysia diadakan pada 23 – 26 September 2012 bertempat di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak.   Sebanyak Seratus Lapan puluh Sembilan (189) penyertaan daripada South-East Asia & South Asia telah diterima. Pelbagai produk daripada Textiles, Natural Fiber, Ceramic, Wood, Stone, Metal dan lain-lain produk telah diterima untuk dihakimi dan dinilai mutu pembuatannya.

Beberapa penel juri telah dilantik untuk membuat penilaian produk-produk yang telah dihantar oleh peserta. Antaranya juri yang dilantik adalah Mrs. Surapee Rojanavongse (Thailand), Mrs. Manjari Nirula (India), Mrs. Dinara Chuchonbaeva (Kyrgistan), Mr. Galen Hogan (Singapore), Prof. Dato' Dr. Mohamed Najib b Ahmad Dewa (Malaysia), Mrs. Judith Chung (Singapore), Mrs. Anne Sutherland (Canada), serta 3 oranf fesilitator iaitu Ms. Vanessa Achilles (Thailand), YM Raja Datin Paduka Fauziah Raja Tun Uda dan Mr. Edric Ong (Malaysia)




Sumber dari  : http://pkkmsarawak.blogspot.com/2012/09/unesco-award-of-excellence-for.html

Rabu, 12 September 2012

AKTIVITI MINGGUAN KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR


Kompleks Kraf Kuala Lumpur akan menggadakan aktiviti mingguan pada hari Sabtu setiap bulan (tertakluk kepada kekosongan ruang) bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari . Tarikh yang terkini adalah pada 15 September 2012 (Sabtu) . Aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan adalah; (tertakluk kepada perubahan) 

1.  Pertandingan Kembara Kraf Berkumpulan ( Craft Tresure Hunt) 
    - Penyertaan terbuka kepada para pelajar dan remaja, max 10 kumpulan (setiap kumpulan 5 orang) 
      Aktiviti berlangsung di sekitar Kompleks Kraf Kuala Lumpur 

2.  Pertandingan Kukur Kelapa (perseorangan dan berkumpulan)   
    - Penyertaan terbuka kepada perseorangan lelaki dan wanita dewasa atau berkumpulan 
      Aktiviti berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur 
     
3.  Pertandingan Anyaman Mengkuang     
    - Penyertaan terbuka kepada semua golongan 
     
Aktiviti-aktiviti lain turut diadakan adalah seperti Interaktif Kraf mewarna batik, mewarna permukaan seramik, buluh, mewarna lukisan produk kraf dan lain-lain. Turut diadakan Permainan Tradisional seperti menyumpit, bermain batu seremban, gasing, buai latip, congkak dan lain-lain. 

Tuan-tuan dan Puan-puan serta kumpulan adalah dijemput hadir.  Kemudahan tempat meletak kereta percuma disediakan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pn. Zurina Hamzah / Pn. Siti Arnizah di talian 03 2162 7533 samb. 285/239 atau di talian terus 03-2161 1470 / 80. 

Khamis, 6 September 2012

PERHIMPUNAN JANJI DITEPATI

Kraftangan Malaysia telah menyertai Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansur. Enam buah bas telah berkumpul di Kompleks Kraf Kuala Lumpur,Jalan Conlay bagi membawa anggota kerja ke Stadium Putra Bukit Jalil. Lebih menarik lagi, lebih kurang 150,000 orang telah membanjiri stadium seawal jam 10pagi. Koperasi Warga Kraftangan Malaysia Berhad juga tidak ketinggalan membuka gerai jualan. Antara acara yang mencuri tumpuan adalah persembahan dari Persatuan Seni Mempertahankan Diri termasuk silat, silambam dan wushu. Program Tweet Merdeka juga telah mencipta rekod pada malam itu dengan mengumpul 3.6juta Tweet dalam masa sejam. 









PERTANDINGAN MENULIS ESEI SENI KRAF MALAYSIA