Isnin, 30 Januari 2012

UCAPAN TAKZIAH


Warga Kerja Bahagian Komunikasi Korporat mengucapkan takziah kepada Encik Ahzarisham bin Ahmad@Sa'il, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat di atas pemergian ayahanda tercinta pada 29 Januari 2011 bersamaan 5 Rabiulawal 1433H. Semoga pemergian Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-Fatihah. 

Khamis, 19 Januari 2012

Sempena Kempen Program Pembudayaan Bahasa Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Tahun 2011

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, 10 JANUARI 2012 – Kraftangan Malaysia menganjurkan pertandingan menulis esei ‘Kraf Malaysia’ sempena Program Kempen Pembudayaan Bahasa Tahun 2011. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia yang bermula pada 22 Julai hingga 20 September 2011. Seramai 24 orang anggota kerja pelbagai peringkat jawatan menyertai pertandingan ini. Objektif pertandingan ini diadakan untuk memberi kesedaran penggunaan bahasa dan istilah kraf serta memupuk minat anggota kerja terhadap kraf Malaysia. Tema penulisan berdasarkan kepada industri Kraf Malaysia secara keseluruhan dengan menggunakan pendekatan penulisan dan penceritaan yang berkonsepkan ‘Kraf Malaysia’ iaitu mengaplikasikan penggunaan bahasa dan istilah bahasa kraf.

Majlis penyampaian hadiah diadakan pada 05 Januari 2012 bersempena dengan Perhimpunan Bulanan Januari 2012. Hadiah tempat pertama hingga tempat ketiga disampaikan oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah, Encik Mohd Kamil bin Mohd Ali. Manakala pemenang-pemenang bagi hadiah sagu hati disampaikan oleh Yang Berusaha Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Encik Ramli bin Mohd Noor.

Cik Noraini Othaman dari Bahagian Strategi Korporat dinobatkan sebagai pemenang dengan menerima hadiah wang tunai RM1,000.00 buku-buku terbitan Kraftangan Malaysia berserta sijil. Tempat kedua dimenangi oleh Encik Mohd Hazery bin Md. Shamsi dari Bahagian Teknikal dan menerima hadiah wang tunai RM800.00, buku-buku terbitan Kraftangan Malaysia serta sijil penyertaan. Wakil Bahagian Khidmat Pengurusan Puan Siti Musarah binti Abdul Majid memenangi tempat ketiga dengan hadiah wang tunai Wang tunai RM600.00, buku-buku terbitan Kraftangan Malaysia dan sijil.

Pemenang sagu hati pula masing-masing menerima wang tunai RM100.00, buku-buku terbitan Kraftangan Malaysia serta sijil. Seramai 5 orang warga kerja yang menyertai pertandingan ini, diisytiharkan sebagai pemenang sagu hati iaitu Encik Mohd Azlan bin Omar Baki ( Bahagian Komunikasi Korporat), Encik Izhar bin Mohd.Noor (PKKM Pulau Pinang), Puan Siti Nor Haizan binti Mohd Zaki(Bahagian Pemuliharaan), Puan Sarina binti Abdul Rahman (Bahagian Pemuliharaan), Puan Easter Karen Robert Meisin (PKKM Sabah). Tahniah dan syabas kepada semua pemenang


Oleh : Syahrul Nizam bin Haji Abdul Rahman
sumber : laman sesawang Kraftangan Malaysia 

Rabu, 18 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA


Kraftangan Malaysia mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya. Sempena cuti panjang ini, mungkin ramai yang akan pulang ke kampung. Berhati-hati semasa memandu dan ingatlah yang tersayang. Selamat bercuti.

Khamis, 5 Januari 2012

BATIK MALAYSIA DI 26th SEA GAMES INDONESIA 2011

Kraftangan Malaysia telah mereka batik untuk diperagakan Kontijen Malaysia semasa pembukaan rasmi Sukan SEA di Stadim Jakabaring, Palembang, Indonesia pada 11 November 2011 yang lalu. Batik yang direka menggunakan motif belang harimau dan bunga raya dengan menggunakan gabungan warna hitam,oren, putih dan krim. Kontijen wanita telah mengenakan baju kurung dan selendang manakala lelaki pula telah meggayakan baju melayu cekak musang dan sampin.

Seramai tiga orang usahawan kraf bidang batik dari negeri Selangor terlibat dalam menghasilkan pakaian ini. Mereka ialah Encik Rosli Mat Dom (Sanggar Layar Galeri Sdn Bhd), Encik Hanafi Sukati (Sulur Bayangan Collection) dan Encik Azwan Mohamad (Lagasi Cipta Enterprise).




Malaysia telah menduduki tangga ke-4 dari 11 negara yang bertanding. Memungut sebanyak 190 pingat iaitu 59 emas, 50 perak dan 81 gangsa telah dibawa pulang oleh Malaysia pada temasya sukan SEA-26 pada kali ini.

PUTERA DAN PUTERI SULUNG

Tahniah diucapkan kepada dua anggota kerja Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia, Asma Aliasak kerana telah selamat melahirkan puteri sulung, Nur Iman Umairah (10 Oktober 2011) dan Mohd Azlan Omar Baki  yang telah menerima cahaya mata sulung, Raaid Riffqy (28 Disember 2011).
Nur Iman Umairah binti Mohd Zaflen

Raaid Riffqy bin Mohd Azlan
Semoga menjadi anak yang cemerlang didunia dan akhirat serta taat kepada ibubapanya. Amin

AN ENCHANTING BATIK EVENING - MISS TORISM INTERNATIONAL 2011


Kraftangan Malaysia telah menganjurkan acara yang berprestij peringkat antarabangsa iaitu ""Pertandingan Rekaan Batik dan Fesyen" sempena Miss Tourism International 2011 pada 22 Disember 2011 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Pertandingan ini dapat mewujudkan kerjasama di antara usahawan batik dan pereka fesyen agar mereka sama-sama dapat menggembleng tenaga dalam mengetengahkan batik di mata dunia. Ini juga merupakan usaha murni Kraftangan Malaysia untuk mengangkat martabat seni dan membuka ruang pasaran baru untuk usahawan batik dan pereka fesyen.

Acara malam itu diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato' Sri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail, Datuk bandar Kuala Lumpur, Yang Berbahagia Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin Tambi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Penerangan Komuunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Dr. Rothiah Omar, Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan),  Yang Berbahagia Datuk Danny OOi, Presiden Miss Tourism International dan lain-lain tetamu kehormat.

Seramai 54 peserta Miss Tourism International 2011 telah memperaga baju yang direka oleh 22 orang pereka berbakat. Senarai pemenang adalah seperti berikut :

Pertama : 
FIZIWOO (Pereka Fesyen / Pereka Batik)

Kedua :
ADRIATIE SHAMINNISA (Pereka Fesyen)
E-JAH BATIK (Pereka Batik)

Ketiga :
NAZREEN IDRIS (Pereka Fesyen)
ZUZANA & JALUDIN-PUA ( Pereka Batik)

Kraftangan Malaysia ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

KLIK UNTUK GAMBAR