Rabu, 7 April 2010

RUMAH ANAK-ANAK YATIM NURUL IHSAN

SUNGAI SIPUT, 1 APRIL 2010 - Majlis penyerahan cek dan pakaian sumbangan warga Kraftangan Malaysia kepada pihak pengurusan asrama Anak-anak Yatim Nurul Ihsan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Ramli Nohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Kraftangan Malaysia. Menerusi sumbangan kecil ini diharap dapat membantu meringankan beban yang dihadapi.


Asrama ini diuruskan oleh Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Nurul Ihsan Sg. Siput (U) Perak sejak tahun 2003. kompleks asrama seluas 8 ekar telah dimajukan dan mempunyai kapasiti 80 anak-anak yatim untuk diberikan keselesaan kehidupan dan pembelajaran. Pemilihan asrama ini selaras dengan dengan penubuhan asrama, menyediakan satu prasarana yang sempurna dan terpelihara bagi melahirkan anak-anak yatim yang berilmu, beramal, bertanggungjawab serta menghormati orang tua dan mewarisi perjuangan agama, bangsa dan negara.








Indivivu atau orgaisasi yang ingin menderma boleh terus kepada :

Bendahari Nurul Ihsan,
(Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim)
Kg. Talang Tengah,
31120 Sg. Siput (U),
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-5984708 / 05-5984715

atau sumbangan juga boleh dikreditkan ke akaun Bank Rakyat bernombor 220831104733

" Apabila mati anak adam a.s., terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu :

  • Sedekah jariah
  • Ilmu yang dimanfaatkan
  • Anak soleh yang mendoakan kedua orang tuanya"

TRAGEDI BERDARAH KM

26 Mac 2010...warga Kraftangan di Ibu Pejabat telah menyerang ke klinik panel bagi mengesahkan jenis darah masing-masing. Bas dari IKN telah ditempah khas untuk kami. Ramai juga yang takut dengan darah. Macam-macam gelagat ada...


Klinik Reddy... (Kami tak ready lagi...)


Macam takut jer.... ; )

Selesai....

Meraikan Hari Terakhir..


Bahagian kami telah meraikan dua orang pelajar praktikal Amni dan Nadia pada 26 Mac yang lalu di Restoren Cheng Ho,Wangsa Maju. Tema?? Hitam dan Putih....

Mereka akan berada di Bahagian Komunikasi Korporat sehingga 31 Mac 2010. Kepada adik-adik, kami mendoakan yang terbaik, semoga dapat kerja cepat ya..! amin.

Sebelum ke Cheng Ho
Bergambar kenangan...

Lapar yea....

Kami......


Nadia & Wan


One Big Tree..




Ikan Kalui....

Licin...

Sedap sangat......

Pandang-pandang, jeling-jeling ; p

All da best for both of you...